Showing posts with label Sumbangan Agensi Luar. Show all posts
Showing posts with label Sumbangan Agensi Luar. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Kenangan Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah “Longest Nonstop Magunatip Dance-48 Hours” 2010 Dalam The Malaysia Book Of Records

Peserta The Malaysia Book Of Records dari SMK Kota Marudu

Guru PPDa SMK Langkon
Guru PPDa SMK Langkon ceria selepas kejayaan dalam MBOR 2010 ini.


Aktiviti “Longest Nonstop Magunatip Dance-48 Hours” 2010 Dalam The Malaysia Book Of Records merupakan aktiviti pertama PPDa sekolah di peringkat nasional dalam mempromosikan “Hidup Bebas Tanpa Dadah” kepada seluruh warga sekolah dan sekolah sekolah di daerah Kota Marudu.

Thursday, November 15, 2012

Unit PPDa SMK Langkon Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama Pejabat Daerah Kota Marudu & AADK Negeri Sabah Dalam "Tarian Etnik 12 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012" Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu

Sijil The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-12 Hours)
Peserta MBOR yang terdiri dari Pelajar SMK Langkon, SMK Tandek dan etnik etnik yang ada di daerah Kota Marudu
Antara Etnik yang menarikan tarian selama 12 jam untuk menyahut cabaran dalam The Malaysia Book Of Records ini
Pegawai MBOR dari Kuala Lumpur memulakan countdown selama 12 jam ini sambil disaksikan oleh semua penari. Tahniah juga kepada Media RTM yang sama sama menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih .. walaupun sudah dimamah usia, namun bukan penghalang untuk bersama sama menjayakan rekod kebangsaan dalam The Malaysia Book Of Records ini
Etnik Tombunuo
Penerbit RENTAS bersama jurukamera yang merupakan media rasmi aktiviti MBOR ini yang berkonsepkan "Hidup Bebas Tanpa Dadah" ini

Sekali lagi unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dengan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan AADK negeri Sabah dalam The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Ethnic Dance 12 Hours sempena sambutan Pesta Kaamatan Kota Marudu. Aktiviti yang bertunjangkan konsep "Sekolah Bebas Dadah 2012" serta "Remaja Sihat Tanpa Dadah" ini telah disertai oleh etnik etnik yang ada di Kota Marudu dan Pitas. Sebanyak 24 tarian etnik dipersembahkan dalam MBOR ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan aktiviti MBOR peringkat kebangsaan ini. Setinggi tahniah kepada pihak RTM yang telah menjadi media rasmi sepanjang aktiviti ini berjalan.


Banner Longest Nonstop Ethnic Dance 24 Hours (The Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Banner MBOR yang telah dibuat oleh Unit PPDa sekolah sebagai hebahan kepada masyarakat setermpat dan hebahan media cetak dan elektronik

Syabas dan tahniah kepada Unit PPDa SMK langkon di atas usaha kreatif dalam mempromosikan aktiviti MBOR berbentuk banner. Semoga usaha ini akan memberikan impak positif dalam kalangan remaja khusnya yang berada di Kota marudu sempena sambutan Pesta Kaamatan Daerah ini.

Tuesday, September 7, 2010

Sumbangan RM4000 Dari PEMADAM Daerah Kota Marudu Untuk Program Motivasi Anti Dadah Dan Pertandingan Senamrobik Remaja Sihat Tanpa Dadah Anjuran Unit PPDa SMK Langkon



En. Simon, Setiusaha PEMADAM daerah Kota Marudu bersetuju untuk memberikan peruntukan berjumlah RM4000 untuk 2 program anjuran Unit PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon bertuah kerana mendapat peruntukan sebanyak RM4000.00 dari PEMADAM daerah untuk mengadakan program motivas anti dadah dan pertandingan senamrobik "remaja sihat tanpa dadah" yang akan dibuat apada 24 September dan 3 Oktober. Program ini merupakan salah satu program tahunan unit PPDa sekolah untuk menghebahkan kepentingan mempunyai budaya sihat tanpa dadah kepada remaja dan masyarakat sekeliling di daerah Kota Marudu. Kumpulan sasaran program ini ialah semua sekolah menengah Kota Marudu dan penduduk setempat.


Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan Kerjasama UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (Keluarga Pelajar Miskin Di Kampung Langkon Lama)

Di luar rumah
Keadaan rumah yang uzur dan perlu perhatian dari pihak pihak yang bertanggung jwab dalam menbghapus kemiskinan tegar di Kota Marudu
Sumbangan oleh Peak Yield Sdn Bhd kepada keluarga Shirul


Shirul yang merupakan pelajar SMK langkon telah dikenal pasti oleh UBK dan Unit PPDa untuk mendapat bantuan khas amal ramadhan dari Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd. Lorina Kong dipilih berdasarkan status sosial ekonomi yang rendah dan merupakan pelajar cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum. Keluarga ini juga mendapat liputan khas dari Harian Metro yang ditemubual oleh cik Amie Syikin, wartawan muda yang berjiwa besar dalam arena kewartawanan.

Sumbangan Scanner Dan Banner Untuk Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Langkon Oleh Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd

Ceria Puan Solingkoi menerima sumbangan scanner dan banner dari Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd untuk Unit PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon telah menerima dua sumbangan dari Peak Yield Sdn Bhd iaitu banner dan scanner. Dua sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Azhar, Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd kepada Pn. Solingkoi Sidi, Pengetua SMK Langkon dalam majlis amal ramadhan pada 01 September 2010 bertemnpat di dewan terbuka sekolah.


Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan Kerjasama UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (26 Anak Yatim Dan Pelajar Miskin SMK Langkon)

Ucapan alu alu oleh En. Jolly, Yang Dipertua PIBG SMK Langkon

En. Azhar dari Peak Yield Sdn Bhd menyerah sumbangan amal ramadhan kepada 26 orang pelajar miskin dan anak yatim di SMK Langkon sambil diperhatikan oleh Pn Solingkoi, Pengetua SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon telah bekerjasama dengan UBK sekolah untuk memberikan sumbangan amal ramadhan kepada 26 orang pelajar miskin dan yatim piatu di SMK Langkon. pada 1 September 2010 Sumbangan amal ini ditaja sepenuhnya oleh En. Azhar Othman dari Peak Yield Sdn Bhd. Bersama sama dengan Peak Yiled Sdn Bhd ialah cik Amie Sykin dari Harian Metro untuk membuat liputan mengenai majlis ini. Terima kasih Peak Yield dan Harian di atas kesudian untuk memberikan sumbangan amal ramadhan kepada pelajar - pelajar di sekolah ini.

Saturday, August 21, 2010

Sumbangan Hiasan Tradisonal Daripada Ibu Bapa Pelajar Kepada Unit PPDa SMK Langkon

PK Kokum mewakili unit PPDa SMK Langkon menerima sumbangan hiasan tradisional di kedai ibu bapa pelajar di Kota Marudu

Ibu bapa pelajar telah menyumbangkan hiasan tradisonal kepada unit PPDa sekolah menerusi Penolong Kanan Kokurikulum SMK Langkon. Hiasan ini telah membantu menceriakan bilik sumber PPda yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelawat yang datang ke sekolah.


Thursday, August 12, 2010

Unit PPDa Menerima Sumbangan Rak TV Bernilai RM480 Dari Sarhad Trading Kota Marudu

Pn. Solingkoi Sidi mewakili Unit PPDa SMK Langkon menerima sumbangan rak TV dari Sarhad Trading
Terima kasih daun keladi, lain kali sumbanglah lagi .. unit PPDa sekolah menerima segala sumbangan yang diberi untuk menaik taraf bilik ini dari masa ke semasa


Unit PPDa SMK Langkon juga telah menerima sumbangan rak TV bernilai RM480 dari Sarhad Trading Kota Marudu. Sumbangan ini telah diterima oleh Pn. Solingkoi Sidi, Pengetua SMK Langkon di kedai Sarhad Trading pada 10 Ogos 2010. Kelihatan dalam gambar ialah KTBM sekolah dan Guru PPDa sekolah. Terima kasih Sarhad Trading di atas kesudian memberikan sumbangan rak TV kepada Unit PPDa sekolah ini.


Sumbangan Aroma Terapi Bali Indonesia Oleh Pn. Sinar Igah Dari Sinar Photocopy Kota Marudu Kepada Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Sumbangan Pn. Dayang sinar kepada bilik sumber PPda SMK Langkon
 
Unit PPDa telah menerima sumbangan aroma terapi Bali Indonesia dari Pn. Dayang Sinar. En. Rahim Othman yang merupakan Guru PPDa sekolah telah menerima sumbangan ini di hadapan bilik sumber PPDa SMK Langkon.


Lawatan Skill Tech Pinawantai Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Dan Sumbangan 2 Buah Hamper Untuk Pertandingan Sudut PPDa Dalam Kelas

En. Christian Jaungin dari Skill Tech Pinawantai bersama ahli PRS SMK Langkon sewaktu sesi lawatan ke bilik sumber PPDa sekolah pada 9 Ogos 2010

En. Christian Jaungin dari Skill Tech Pinawantai telah melawat ke bilik sumber PPDa SMK Langkon pada 9 Ogos 2010. Pada yang sama, unit PPDa SMK Langkon juga telah menerima sumbangan 2 buah hamper dari Skill Tech Pinawantai. Terima kasih diucapkan kepada Skill Tech Pinawantai. 

Sunday, August 1, 2010

Sumbangan Penghawa Dingin Bernilai RM1100 Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

YAng Dipertua PIBG bersama AJK PIBG yang lain sedang melihat penjenamaan fizikal bilik sumber PPDa sekolah sambil melihat kedudukan pendawaian penghawa dingin di bilik ini
Terima kasih dengan sokongan padu dari pihak pentadbir dan PIBG SMK Langkon dalam usaha mendapatkan penghawa dingin di bilik sumber PPDa sekolah

Unit PPDa sekolah telah menerima sebuah penghawa dingin bernilai RM1100 daripada PIBG SMK Langkon. Kelihatan dalam gambar Yang Dipertua PIBG sedang bergambar dengan Pentadbir dan AJK Guru PPda di hadapan bilik sumber PPDa sekolah ini selepas mesyuarat PIBG. Terima kasih PIBG SMK Langkon.


Sumbangan Pamplet, Poster Dan Brosur Anti Dadah Oleh En. Ashraf Dari Agensi Anti Dadah Kdebangsaan (AADK) Negeri Sabah

En. Ashraf sedang memberikan sumbgan AADK negeri Sabah kepada Kaunselor SMK alangkon mewakili Unit PPDa sekolah ini

En. Ashraf dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Sabah telah memberikan sumbangan brosur, poster dan pamplet bahaya penyalahgunaan Dadah kepada unit PPDa SMK Langkon. Sumbangan ini begitu bermakna bagi sekolah ini memandangkan lokasi AADK negeri Sabah ke SMK Langkon agak jauh. Kelihatan dalam gambar Kaunselor SMK Langkon menerima sumbangan dari AADK negeri Sabah di hadapan bilik PPDa sekolah.


Sumbangan 4 Buah Basikal Untuk Pertandingan Membuat Buku Skrap Dadah Dan Cabutan Tiket Bertuah Sempena Karnival Kaunseling SMK Langkon Oleh Pn Fauziah Dari Wilayah Persekutuan Labuan

Puan Fauziah bersama ahli PRS & pengawas PPDa sekolah selepas bersetuju memberikan sumbangan basikal kepada SMK Langkon

Pihak sekolah sangat berbesar hati dengan sumbangan 4 buah basikal oleh Puan Fauziah bernilai RM 1120. Puan FAuziah telah menyumbangkan 4 buah basikal ini sewaktu Kaunselor, PK KOKUM dan 6 orang PRS sekolah ke SMK Lajau Labuan mengikuti program selangkah ke menara gading anjuran PEKEMA. Kelihatan dalam gambar PRS dan Pengawas PPDa sekolah mendapat RM100 setiap seorang dari Puan Fauziah. Keenam enam pelajar sekolah telah menggunakan sumbangan RM100 untuk membeli coklat. Coklat ini diberikan kepada semua guru, rakan rakan PRS, tukang kebun dan pengawal keselamatan di SMK Langkon.
  

Sumbangan Banner Selamat Datang, Visi Dan Misi Unit PPDa SMK Langkon Oleh Sinalia Photocopy Kota Marudu

Cikgu Jailin dan cikgu Jepirin bersama sama dengan banner sumbangan Sinalia Photocopy Kota Marudu

Sekalung penghargaan kepada Sinalia Photocopy Kota Marudu kerana telah sudi menyumbangkan banner selamat datang, visi dan misi unit PPDa SMK Langkon yang bernilai RM160.00. Banner ini akan dilekatkan di luar bilik sumber PPDa sekolah agar semua warga sekolah dan pelawat boleh melihat banner ini. Terima kasih Sinalia Photocopy Kota Marudu.


Projek Membuat Landscape Air Terjun, Tangga Dan Pintu Gerbang Bilik PPDa SMK Langkon Dibuat Oleh Giat Mara Cawangan Kota Marudu

Perubahan tangga bilik sumber PPDa sekolah oleh pensyarah & pelatih Giat Mara
Bersemangat walaupun terpaksa berjuang dengan sinar matahari yang panas
Kaunselor sekolah melihat cara landscape air terjun ini dibina oleh Giat Mara

Pensyarah dan pelatih Giat Mara Kota Marudu telah memulakan projek khas untuk membina landscape mini air terjun, tangga dan pintu gerbang bilik sumber PPDa SMK Langkon selama 5 hari. Sepanjang 5 hari ini, mereka telah bersama sama bekerjasama dengan baik untuk mempastikan projek khas ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

Saturday, July 31, 2010

Barisan Pelatih Yang Akan Menyiapkan Projek Khas Giat Mara Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Crianya pelatih Giat Mara di hadapan sekolah bersebelahan dengan bilik PPda sekolah


Seramai 22 orang pelatih Giat Mara akan menyiapkan projek khas Giat Mara untuk bilik sumber PPDa SMK Langkon. Mereka akan menyiapkan tangga masuk ke bilik ini, landscape mini air terjun yang terletak di luar bilik PPDa sekolah dan mereka juga akan membuat pintu gerbang ke bilik sumber PPDa ini. Semoga komitmen dan usaha sebegini akan memberi manfaat bersama kepada sekolah dan pihak Giat Mara.

Sesi Perbincangan Pengurus Giat Mara Kota Marudu Dan Kaunselor SMK Langkon Mengenai Penjenamaan Fizikal Bilik Sumber PPDa Sekolah

Pengurus Giat Mara sedang memasuki bilik sumber PPDa SMK Langkon

Kaunselor SMK Langkon telah membuat perbincangan khusus dengan Pengurus Giat Mara cawangan Kota Marudu mengenai penjenamaan semula bilik ini dalam aspek keceriaan bilik. Dalam sesi perbincangan ini, En, Mohd Sukardi telah bersetuju untuk membuat rak kabinet, tangga, pintu gerbang dan landscape mini taman air terjun untuk bilik sumber PPDa SMK Langkon. Pihak Giat Mara juga telah menyumbangkan kerusi & hiasan dalaman bagi tujuan keceriaan bilik sumber ini. Kelihatan dalam gambar Pengurus Giat Mara Kota Marudu sedang memasuki bilik sumber PPDa sekolah sambil memikirkan sumbangan yang boleh diberikan oleh Giat Mara kepada sekolah.

Penambahbaikan Susun Atur Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Oleh Penolong Pengarah Kaunseling JPN Sabah (En. Awang Mad Said)

En. Awang Mad Said sedang memberikan penambaikan bilik sumber PPDa SMK Langkon sambil diperhatikan oleh Guru PPDa sekolah dan Penolong Kanan Pentadbiran

Bilik sumber PPDa SMK Langkon merupakan antara bilik yang dilawat dan dipantau oleh Penolong Pengarah Kaunseling JPN negeri Sabah iaitu En. Awang Mad Said. Beliau telah mencadangkan beberapa idea untuk menambah baik bilik sumber ini dari segi fizikal. Beliau juga turut mencadangkan agar bilik sumber PPDa SMK Langkon untuk bertanding di peringkat negeri Sabah. Kelihatan dalam gambar Penolong Kanan Pentadbiran & Guru PPDa sekolah sedang mendengar beberapa penambaikan oleh beliau.

Jaringan Smart Partnership Dengan Giat Mara Kota Marudu Sempena Pelancaran Minggu Anti Dadah SMK Langkon 2010

Pensyarah dan pelatih Giat Mara Kota Kinabalu Sabah

Pengurus, Pensyarah dan Pelatih Giat Mara telah bersama sama dengan seluruh warga sekolah SMK Langkon dalam sesi pelancaran minggu anti Dadah sekolah ini. Ini secara tidak langsung membantu unit PPDa sekolah ini dalam memperkasakan perkkhidmatan ini melalui jaringan smart partnership dengan agensi luar. Usaha ini dilihat dapat memberi impak positif kepada pelbagai pihak.