Saturday, August 7, 2010

Ceramah Dan Pameran Anti Dadah Oleh Guru PPDa, Setiausaha PPda & Penolong Kanan KOKUM SMK Langkon Di SK Rosob Pitas


Edaran risalah dan maklumat Dadah sewaktu pameran unit PPDa SMK Langkon di SK Rosob Ptas
Murid SK Rosob Pitas yang begitu ceria dengan kedatangan SMK Langkon

SMK Langkon sangat berbangga dan berbesar hati apabila pihak pengurusan SK Rosob menjemput Cr. Stanley (Setiausaha PPDa), En. Rahim (Guru PPDa) dan En. Shahrizan Abdullah (PK KOKUM) untuk memberikan ceramah dan pameran anti Dadah di sekolah berkenaan pada 4 Ogos 2010. Pn. Dayang Sinar juga turut menyertai aktiviti ini sebagai salah satu cara menghebahkan bahaya penyalahgunaan Dadah kepada remaja di sekolah rendah bahagian pendalaman.


Fail Dokumentasi Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah

Fail Perkhidmatan Pencegahan Dadah di bilik sumber PPDa SMK Langkon
Pn. Jailin sedang mengemaskini maklumat yang ada di dalam fail perkhidmatan pencegahan Dadah SMK Langkon
 
Pn. Jailin telah mengemaskini dan memasukkan beberapa maklumat ke dalam fail fail PPDa SMK Langkon. Pendokumentasian aktiviti di dalam fail merupakan satu cara untuk melihat keberkesanan perkhidmatan PPDa di SMK Langkon.


Lawatan Kelas 1 Amanah Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Penghawa dingin sumbangan PIBG SMK Langkon membuatkan bilik sumber ini nyaman dan memounyai pengudaraan yang baik
Pelajar sedang melihat koleksi video anti Dadah yang ada di bilik sumber PPDa sekolah
Bilik sumber PPDa SMK Langkon bertemakan kontemporali tradisional sangat menarik di pandang mata. Hiasan syiling disumbangkan oleh Sinar Photocopy Kota Marudu
Pelajar 1 Amanah sedang melihat koleksi berita penyalahgunaan Dadah yang telah dijilidkan mengikut bulan Januari hingga Julai

 Pelajar - pelajar dari kelas 1 Amanah SMK Langkon telah membuat inisiatif untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penyalahgunaan Dadah di bilik sumber PPda sekolah. Sesi lawatan ini merupakan salah satu cara untuk membantu merealisasikan visi negara iaitu "Sekolah Bebas Dadah 2012". Guru PPDa bertugas ialah Pn. Jailin sewaktu lawatan ini dijalankan. Pn. Jailin telah menjadi mediator untuk mempastikan sesi pembelajaran berlaku di dalam bilik sumber ini.


Lawatan Pegawai Yayasan Sabah Zon Kudat Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Pegawai Yayasan Sabah bersama Pn. Jailin (Guru SLAD), Cr Stankey (Setiausaha PPDa), En. Rahim (Guru PPDa) dan Pn. Sharifah (AJK Kokurikulum PPDa)
Pegawai Yayasan Sabah memasuki bilik sumber PPDa sekolah melalui tangga dan pintu gerbang yang dibuat oleh Giat Mara Kota Marudu
 
Dua orang Pegawai Yayasan Sabah dari Kudat telah melawat bilik sumber PPDa sekolah pada 3 Ogos 2010. Dalam lawatan ini, kedua dua orang pegawai ini telah membuat pujian mengenai susun atur dan suasana bilik sumber PPDa yang menarik lagi berinformasi. Dua orang Pegawai ini juga telah diberikan taklimat mengenai perkhidmatan pendidikan pencegahan Dadah oleh Setiausaha PPDa sekolah dan AJK PPDa yang lain. Terima kasih Yayasan Sabah kerana sudi bertandang ke bilik sumber PPDa SMK Langkon.


Lawatan Sambil Belajar SK Langkon Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Murid SK Langkon sedang melihat beberapa artikel Dadah yang didokumentasikan  berbentuk buku skrap
Murid SK Langkon melihat poster hasil lukisan pelajar SMK Langkon yang ada di atas japanese table  sumbangan Giat Mara Kota Marudu
 
Rombongan murid SK Langkon telah membuat lawatan sambil belajar di bilik sumber PPDa SMK Langkon pada 3 Ogos 2010. Dalam sesi lawatan ini, merekatelah didedahkan oleh pengawas PPDa sekolah bahaya Dadah kepada remaja di samping memberi peluang mereka untuk melihat tayangan video anti Dadah di bilik sumber ini.