Monday, October 11, 2010

Unit PPDa Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama PEMADAM Negeri "Tarian Magunatip 1 Malaysia 48 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Syabas & tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan aktiviti The Malaysia Book Of Records ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 601 orang penari yang terdiri daripada ahli PRS, ahli unit unit berunifom sekolah, Giat Mara, SMK KM1, SMK Tandek, PPD Kota Marudu, PEMDAM dan JPN Sabah.

Cgu Sharifah dengan sijil MBOR (The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Magunatip Dance For 48 Hours)

Unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Record dengan membuat rekod tarian magunatip 48 jam tanpa henti yang dibuat di dewan terbuka SMK Langkon. Rekod ini telah dijayakan oleh 601 orang yang terdiri dari pelajar, guru, pensyarah dan pelatih dari Giat Mara Koata Marudu. Program ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh PEMADAM negeri Sabah, YB Sarapin Magana, YB Dr Maximus Ongkili dan YB Anita Baranting. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tarian magunatip 48 jam tanpa henti Malaysia Book Of Record.

Remaja Sihat Tanpa Dadah - PRS SMK Langkon Menyahut Cabaran Tarian Magunatip 48 Jam Tanpa Henti Malaysia Book Record


Ahli PRS SMK Langkon tekun mendengar taklimat serta bengkel tari dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

Permuafakatan dalam kalangan ahli PRS yang bertungkus lumus mempelajari tarian magunatip di bangunan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Kota Kinabalu Sabah

Bengkel tari oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu

Pose istimewa ahli PRS untul portal PPDa SMK Langkon yang ceria menggambarkan remaja sihat tanpa dadah

Ahli PRS sudah bersedia mencipta rekod tarian magunatip 1 Malaysia 48 jam tanpa henti bersama pelajar yang lain. Semoga berjaya anak anak didik di SMK Langkon.


PRS SMK Langkon menyahut cabaran tarian magunatip 1 Malaysia 48 jam tanpa henti Malaysia Book Of Record dengan membuat latihan tarian ini daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Mereka telah menghadiri bengkel dan mendalami tarian ini daripada tenaga pengajar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Kota Kinabalu. Mereka kemudiannya akan mengajar tarian magunatip ini kepada pelajar - pelajar berdasarkan unit berunifom yang ada di SMk Langkon.

Pameran Unit PPDa SMK Langkon Sempena Pelancaran Cyber Safe Oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia Di SMK Tandek Kota Marudu

Kolaj hebahan pameran unit PPDa SMK Langkon di laman web sosial facebook
Antara pelawat yang datang ke tapak pameran unit PPDa SMk Langkon
Susun atur pameran unit PPDa SMK langkon yang ceria dan menarik ramai pelawat untuk datang ke tapak pameran unit PPDa SMK Langkon
Unit PPDa SMK Langkon telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena pelancaran Cyber Safe oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia di SMK Tandek Kota Marudu pada 24 September 2010. Syabas diuacapkan kepada semua guru dan pelajar PRS yang terlibat dalam kejayaan pengelolaan pameran unit PPDa sekolah.

Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Anjuran Unit PPDa SMK Langkon Dan PEMADAM Daerah

PK KOKUM menyerahkan cenderahati kenangan kepada penceramah jemputan
Pelajar khusyuk mendengar ceramah yang diberikan oleh dua orang penceramah jemputan dari PPD Kota Marudu dan PEMADAM Kota Marudu

Unit PPDa SMK Langkon telah menganjurkan program pencegahan pendidikan dadah dengan kerjasama PEMADAM Daerah Kota Marudu pada 22 September 2010. Seminar satu hari ini dihadiri oleh 150 orang pelajar dan guru. Penceramah jemputan program ini ialah Penyelia KOKUM PPD Kota Marudu dan Pegawai PEMADAM daerah Kota Marudu.