Saturday, August 28, 2010

Pameran Anti Dadah Oleh Unit PPDa SMk Langkon Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 Peringkat Daerah Di Dewan Komuniti Kota Marudu

Cik Mariati bersama ahli SLAD menanti pungunjung yang datang melawat ke tapak pameran PPDa SMK Langkon
Keadaan tapak pameran PPDa sekolah yang menarik pengunjung datang ke tapak pameran PPDa SMK Langkon

Sokongan padu dari pihak Polis cawangan Kota Marudu
Sokongan padu Pegawai daerah & YB Anita Beranting dalam membenteras penyalahgunaan dadah di daerah Kota Marudu
Sokongan padu YB Datuk seri Dr Maximus J. Ongkili Menteri MOSTI Malaysia merupakan antara VVIP yang datang melawat tapak pameran PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon telah mengadakan pameran anti dadah di dewan komuniti Kota Marudu sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah. Pameran ini merupakan salah satu usaha mendedahkan kepada komuniti setempat menegnai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan kalangan remaja khususnya kepada masyakat di daerah Kota Marudu amnya. Pameran ini menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara VVIP yang datang melawat tapak pameran PPDa SMK Langkon ialah YB Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Menteri MOSTI), YB Anita Baranting dan Pegawai Daerah Kota Marudu.

Aktiviti Mengecat Mural Anti Dadah Di Tandas, Bilik Sukan Dan Bilik Persalinan Sebagai Kesan Halo PPDa Di SMK Langkon Semakin Menarik


Pelajar - pelajar giat mewarna mural di lokasi yang telah dikenalpasti oleh Unit PPDa sekolah. Pelajar - pelajar ini dipantau oleh guru - guru PPDa sekolah. Hasil permuafakatan ini berjaya menghasilkan kualiti yang memberangkan. Syabas kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini.

Remaja sihat Tanpa Dadah - PRS SMK Langkon Mendapat Naib Johan Dalam Pertandingan Perbarisan Kategori Sekolah Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 Di Dewan Komuniti Kota Marudu

Terima kasih Cikgu Affendi Guad dengan grafik pencapaian PRS SMK Langkon ini
PRS SMK Langkon bersama sama dengan jurulatih dan Pegawai Khas Dadah PPD Kota Marudu
PRS SMK Langkon yang bersemangat waja sesuai dengan imej remaja sihat tanpa dadah
Segaknya
PRS SMK langkon tekun membuat selendang sebagai asesori baju PRS yang akan dipakai sewaktu pertandingan perbarisan hari kemerdekaan kali ke-53 di dewan komuniti Kota Marudu

PRS SMK Langkon telah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan perbarisan kategori sekolah sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 peringkat daerah yang telah diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu pada 24 Ogos 2010. Jurulatih yang melatih kontinjen PRS ialah Cr Stanley T. Missun, En. Rahim Othman dan En. Bijot Padsok. Syabas dan tahniah kepada smeua hli PRS yang telah menunjukkan komitmen dalam pertandingan ini. Tempat pertama telah dimenangi oleh Giat Mara dan tempat ketiga dimenangi oleh kontinjen Pengakap SMK Kota Marudu.