Sunday, August 1, 2010

Penilaian Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Kota Marudu Sabah

Penerangan konsep dan perkhidmatan PPDa SMK Langkon oleh Setiausaha PPDa sekolah
Pegawai Khas Dadah dari PPD Kota Belud, Ranau dan Pitas begitu tekun membuat penilaian bilik sumber PPDa SMK Langkon
Penerangan jaringan smart partnership oleh PPDa SMK langkon dengan agensi luar
Guru PPDa SMK Langkon bersama Pegawai Khas Dadah PPD Kota Marudu
Penilai sedang melihat papan kenyataan yang disumbangkan oleh Mr Azhar (Peak Yield Sdn Bhd) di mana papan kenyataan ini memaparkan aktiviti sihat tanpa Dadah

Bilik Sumber PPDa SMK Langkon telah dinilai oleh Pegawai Khas Dadah PPD Daerah Pitas, Kota Belud, Ranau dan Kota Marudu. Penilaian selama 2 jam ini telah dijayakan oleh semua AJK PPDa sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa di SMK Langkon. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang menjayakan penilaian ini. Tidak juga dilupakan kepada semua agensi luar yang telah membuat jaringan smartnership dengan unit PPDa sekolah seperti AADK negeri Sabah, Polis (Narkotik) Kota Marudu, Giat Mara, UMS, UiTM, Almacrest International College, Kolej PTPL, Multimedia College, Pejabat Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Marudu, PIBG, PEKEMA, Peak Yield, NGO dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada unit PPDa SMK Langkon. Semoga jaringan smart partnership ini akan melonjakkan bilik sumber ini di peringkat yang lebih tinggi da yang paling penting bilik sumber ini akan menjadi wadah hebahan penyalahgunaan Dadah dalam usaha membantu negara merealisasikan visi "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".


Lawatan Pengetua SMK Kota Marudu, Wakil PPD Kota Marudu Dan YDP PIBG Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Pengetua SMK Kota Marudu, Ketua Unit Teknologi &Vokasional, Pengetua SMK Langkon, Kaunselor SMK Langkon dan YDP SMK Langkon di bilik sumber PPDa sekolah yang menarik dan kondusif sebagai bilik rujukan hebahan penyalahgunaan Dadah

Unit PPDa SMK Langkon telah mendapat kunjungan wakil Pegawai PPD Kota Marudu dan Pengetua SMK Kota Marudu serta YDP PIBG sekolah. Lawatan ini juga mendapat ucapan tahniah di atas penganjuran Karnival Kaunseling dan Karnival PPDa di sekolah ini disamping mempunyai satu bilik sumber PPDa yang menarik. 


Debaran Hadiah Kemuncak Karnival PPDa Dan Majlis Penutupan Karnival Kaunseling (4 Buah Basikal)

Tuan perasmi bersama basikal yang akan diberikan kepada pemenang pertandingan buku skrap anti Dadah dan pemenang cabutan tiket bertuah
Suasana hari kemuncak Karnival PPDa dan majlis penutupan Karnival Kaunseling SMK Langkon yang meriah
Hadiah kemuncak Karnival PPDa dan majlis penutupan Karnival Kaunseling iaitu 4 buah basikal bernilai RM1120 tajaan Pn. Fauziah dari WP Labuan telah disampaikan oleh En. Datu Sainudin bin Datu Hussin, Ketua Unit Teknologi & Vokasional mewakili PPD Kota Marudu. Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat 4 buah basikal ini menerusi pertandingan buku skrap anti Dadah dan cabutan tiket bertuah.

Persembahan Okestra Marudu Sound Pada Hari Kemuncak Karnival PPDa SMK Langkon Meriah Dan Menghiburkan

Okestra Marudu Bamboo Sound
Semoga muzik ini akan dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa

Unit PPDa SMK langkon telah menjemput Okestra Bamboo Music untuk memeriahkan lagi hari kemuncak karnival PPDa dan majlis penutupan Karnival Kaunseling SMK Langkon. Okestra ini telah memainkan pelbagai lagu anti Dadah, medley lagu tempatan dan antaranbangsa.


Persembahan Gimik Lawatan Penilaian Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Persembahan dikir barat dari unit berunifom KAFA di bawah pimpinan cikgu Khusairi
Sketsa anti Dadah oleh ibu bapa dan pelajar SMK Langkon

Penilai biilik sumber PPDa sekolah telah disambut dengan acara pemotongan riben, persembahan dikir barat dan sketsa anti dadah oleh Giat Mara, guru, pelajar dan ibu bapa pelajar di sekolah ini. Tahniah dan syabas di atas komitmen tinggi dari semua yang terlibat.

Pameran IPTS, IPTA, Giat Mara AADK & Polis (Narkotik) Sempena Majlis Penutupan Karnival Kaunseling & PPDa

Pameran dari AADK Negeri Sabah
Pameran dari pihak Polis (Narkotik) cawangan Kota Marudu
Pameran dari Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Pameran dari IPTS (Almacrest International College)
Pameran dari Giat Mara Kota Marudu
Pameran buku dari Simon's Book
Pameran Stand Info Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah

Unit PPDa SMK Langkon telah menjemput pameran ekspo pendidikan dari IPTA, IPTS, Giat Mara, AADK dan Polis (Narkotik) sempena majlis penutupan karnival kaunseling dan karnival PPDa di SMK Langkon. Terima kasih dengan sokongan agensi luar menunjukkan uint PPDa mampu membuat jaringan smart partnership wlaupun serba kekurangan.


Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Menjadi Menjadi Tarikan Pelawat Untuk Datang ke SMK Langkon

En. Norman, Penolong Pengarah (Dadah) dari JPN Sabah
Murid - murid SK Langkon Kota Marudu
Kaunselor SMK Bengkongan & SMK Kota Marudu 2
Pegawai Khas Dadah PPD Kota Marudu dan siswa UMS
Pelajar Pre Universiti SMK Kota Marudu 2
Penolong Pendaftar UiTM Sabah
PK Kurikulum SK Kasagaan Pitas

Bilik Sumber PPDa SMK Langkon yang berwajah baru kini menjadi perhatian banyak pihak baik di sekolah ataupun dari luar sekolah. Ini merupakan satu permulaan yang baik untuk bilik sumber PPDa ini menjadi bilik sumber untuk mendapatkan pelbagai informasi mengenai penyalahgunaan najis Dadah.

Sokongan Penolong Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Dalam Program pendidikan Pencegahan Dadah SMK Langkon

Pihak UiTM bersama dengan Pengetua & PK KOKUM SMK Langkon. Pihak UiTM datang sehari lebih awal untuk melihat tapak pameran UiTM dan pentas tempat UiTM memberikan ceramah sempena penutupan karnival PPDa dan karnival kaunsleing sekolah
Penolong Pendaftar UiTM Sabah memberikan sijil penghargaan kepada PK KOKUM di atas kesudian SMK Langkon menjemput menjayakan program PPDa di sekolah ini

Penolong Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah telah memberikan sokongan padu program - program pencegahan pendidikan dadah SMK Langkon dengan menyatakan kesudian membuat pameran dan memberikan ceramah kepada kaunselor, ibu bapa dan pelajar mengenai kesan negatif penyalahgunaan Dadah. Beliau turut menhyatakan seorang warganegara Malaysia tidak akan diterima masuk ke UiTM sekiranya disahkan positif Dadah walaupun mempunyai keputusan akademik yang baik. kelihatan dalam gambar Penolong pendaftar UiTM dengan Pensyarah UiTM bergambar bersama sama dengan Pengetua dan PK KOKUM. Terima kasih UiTM dengan komitmen yang tinggi dan sokongan terhadap program PPDa di sekolah ini.


Persediaan Terakhir Penilaian Bilik Sumber PPDa SMK Langkon


Touch up bilik sumber PPDa oleh Pengawas PPDa sekolah
Membuat binaan tengkorok sebagai gimik pembakaran najis Dadah
Kerjasama dengan panitia PSV mengecat pentas dewan
Sesi perbincangan dengan Guru PPDa bersama AJK tertinggi Karnival Kaunseling
Sokongan padu dari pengetua dan KTM menyuntik motivasi AJK PPDa
Kreatifnya Cikgu Sharifah! Dokumentasi poster oleh pelajar sekolah
Pengawas PPDa sekolah mengecat stand banner sumbangan Giat Mara

Bilik Sumber PPDa SMK Langkon sudah bersedia untuk dinilai oleh Pegawai Pegawai Khas Dadah dalam pertandingan bilik sumber, lorong dan sudut PPDa peringkat negeri Sabah. Untuk itu semua AJK pelajar dan guru telah berusaha membuat persiapan terakhir sebelum dinilai oleh para pegawai khas Dadah. Bilik sumber PPDa sekolah telah mendapat banyak tajaan dan sumbangan seperti penghawa dingin (PIBG), landscape air terjun (Giat Mara), tangga (Giat Mara), pintu gerbang (Giat Mara), hiasan dalaman (Sinar Photocopy), japanese table (Giat Mara), banner selamat datang (Sinalia Photocopy), Stand banner (Giat Mara), TV (Pusat Sumber sekolah), Bunga (UBK), pendawaian lampu (Giat Mara), bahan bahan brosur & pamplet (AADK Negeri Sabah) dan lapis lantai getah (Pn. Rojinah). Bilik ini juga sudah boleh dilawati selepas 1 minggu ditutup bagi tujuan penjenamaan semula oleh unit PPDa sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang dan menyokong usaha unit PPDa sekolah ini dalam membenteras najis Dadah durjana.

Ujian Personaliti Kepada Pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4 Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Pelajar tekun mendengar arahan dalam membuat ujian yang dibuat oleh pihak Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ini
En. Bijot menerangkan tafsiran ujian personaliti yang dibuat oleh pelajar. Tafsiran ujian ini membantu pelajar membuat perancangan mengenai hala tuju selepas PMR & SPM
 
Unit PPDa sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan ujian personaliti SDS dan IPS kepada semua pelajar tingkatan 3 di sekolah ini. Ujian ini membantu pelajar mengenali kekuatan personaliti dalam diri. Turut disampaikan dalam sesi ujian personaliti ini ialah bahaya penyalahgunaan Dadah kepada remaja. Pelajar - pelajar juga dituntut untuk menghindarkan diri dari berjinak jinak dengan penyalahgunaan Dadah demi masa depan yang cemerlang.


Program Motivasi Tingkatan 5 Oleh Kolej PTPL Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah Kolej PTPL
Penyampaian yang disampaikan oleh pensyarah dari kolej PTPL sangat menarik dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan




Kolej PTPL Sabah telah dijemput oleh sekolah untuk menjayakan program motivasi tingkatan 5 sempena minggu anti Dadah di sekolah ini. Salah satu aspek yang ditekankan oleh penceramah ialah mana - mana pelajar yang didapati positif Dadah tidak akan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana - mana IPT sama ada IPTS swasta atau IPTA awam.


Aktiviti Mengecat Mural Dinding & Banner Anti Dadah Oleh Pengawas PPDa SMK Langkon

Pengawas PPDa SMK Langkon bersama Guru PPDa SMK Langkon begitu komited membuat banner sepanjang 15 kaki untuk direntangkan di sekitar kawasan bangunan sekolah
Antara banner yang disediakan oleh Pengawas PPDa SMK Langkon. Tahniah dan syabas di atas komitmen yang tinggi dalam membantu merealisasikan visi negara "sekolah bebas dadah 2012" & "negara bebas dadah 2015"
Permuafakatan oleh 2 orang kaunselor dan guru bersama pelajar pelajar di SMK Langkon sempena minggu anti dadah sekolah. Kelihatan dalam gambar, antara peralatan yang diperlukan untuk melancarkan lagi proses kerja meceriakan sekolah berorientasikan usaha membenteras najis Dadah
Walaupun terpaksa berjuang dengan matahari yang panas, Pengawas PPDa sekolah tidak menjadikannya alasan untuk tidak melaksanakan tugasan yang diberi untuk menceriakan lagi dinding bersebelahan dengan bilik sumber PPDa sekolah

Muafakat membawa berkat. Kelihatan dalam gambar semua warga sekolah bermuafakat dalam membenteras najis Dadah di sekolah. Pengawas PPDa bukan sahaja mewarna mural dinding malah membantu menghasilkan banner setinggi 15 kaki untuk direntangkan kawasan sekolah. Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.


Sumbangan Penghawa Dingin Bernilai RM1100 Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

YAng Dipertua PIBG bersama AJK PIBG yang lain sedang melihat penjenamaan fizikal bilik sumber PPDa sekolah sambil melihat kedudukan pendawaian penghawa dingin di bilik ini
Terima kasih dengan sokongan padu dari pihak pentadbir dan PIBG SMK Langkon dalam usaha mendapatkan penghawa dingin di bilik sumber PPDa sekolah

Unit PPDa sekolah telah menerima sebuah penghawa dingin bernilai RM1100 daripada PIBG SMK Langkon. Kelihatan dalam gambar Yang Dipertua PIBG sedang bergambar dengan Pentadbir dan AJK Guru PPda di hadapan bilik sumber PPDa sekolah ini selepas mesyuarat PIBG. Terima kasih PIBG SMK Langkon.


Aktiviti Remaja Sihat Tanpa Dadah - Pasukan Kadet Remaja Polis Berjaya Mendapat Tempat Kedua Pertandingan Kawad Kaki Sempena Kejohanan Olahraga MSS Daerah Kota Marudu

Hidup sihat tanpa Dadah. Pelajar dituntut untuk menjauhkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan Dadah dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan kawad kaki. Tahniah kepada pelajar dan guru yang terlibat dengan pertandingan ini

Pasukan KRS sekolah di bawah pimpinan Cr. Stanley dan En. Rahim berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan kawad kaki peringkat MSS Daerah Kota Marudu. Ini merupakan salah satu cara menyebarkan maklumat hidup sihat tanpa Dadah menerusi aktiviti unit PPda di sekolah. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Pertandingan Membuat Fish Tail, Buku Skrap, melukis poster & Esei Anti Dadah Antara Kelas & Unit Beruniform Anjuran Panitia PSV Dengan Kerjasama Unit PPDa dan Unit Kokurikulum Sekolah

Persatuan Pengakap merupakan antara unit berunifom yang mempunyai hasil lukisan fisg=h tail yang menarik dalam pertandingan ini
Antara hasil fish tail yang dibuat oleh kelas dan unit berunifom di SMK Langkon
Pelajar sedang menyusun fish tail yang dilukis oleh pelajar yang mewakili kelas & unit beruniform untuk dinilai oleh hakim pertandingan ini
Semua pelajar mendengar taklimat oleh pengerusi unit - unit beruniform mengenai pertandingan membuat buku skrap, esei, mewarna poster dan fish tail

Pertandingan membuat fishtail, buku skrap, melukis poster & membuat esei anti Dadah antara kelas dan unit berunifom merupakan antara aktiviti menarik sepanjang minggu anti Dadah sekolah pada tahun ini. Dalam pertandingan ini, pelajar bukan sahaja menunjukkan kreativiti yang tinggi dalam membuat fish tail malah mempamerkan kerjasama yang erat dalam kalangan kumpulan. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat khususnya kepada panitia PSV dan unit Kokurikulum sekolah dalam menjayakan aktiviti serampang dua mata ini.