Showing posts with label Promosi Unit PPDa SMK Langkon. Show all posts
Showing posts with label Promosi Unit PPDa SMK Langkon. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Kenangan Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah “Longest Nonstop Magunatip Dance-48 Hours” 2010 Dalam The Malaysia Book Of Records

Peserta The Malaysia Book Of Records dari SMK Kota Marudu

Guru PPDa SMK Langkon
Guru PPDa SMK Langkon ceria selepas kejayaan dalam MBOR 2010 ini.


Aktiviti “Longest Nonstop Magunatip Dance-48 Hours” 2010 Dalam The Malaysia Book Of Records merupakan aktiviti pertama PPDa sekolah di peringkat nasional dalam mempromosikan “Hidup Bebas Tanpa Dadah” kepada seluruh warga sekolah dan sekolah sekolah di daerah Kota Marudu.

Thursday, November 15, 2012

Persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" Unit PPDa SMK Langkon Sempena Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Sabah


Persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" sempena Majlis Anugerah PPDa peringkat negeri Sabah di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu
Makan tengah hari selepas persembahan dan sesi penerimaan anugerah
Terima kasih Unit PPDa JPN Sabah di atas kesudian menjemput Persembahan Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah peringkat negeri bertempat di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu


Terima kasih diucapkan kepada Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di atas jemputan Unit PPDa sekolah untuk mengadakan persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" sempena majlis Anugerah PPDa yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu. Pengalaman ini sudah tentunya akan menjadi satu pengalaman terindah buat pelajar - pelajar dari SMK Langkon, Kota Marudu ini.

Unit PPDa SMK Langkon Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama Pejabat Daerah Kota Marudu & AADK Negeri Sabah Dalam "Tarian Etnik 12 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012" Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu

Sijil The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-12 Hours)
Peserta MBOR yang terdiri dari Pelajar SMK Langkon, SMK Tandek dan etnik etnik yang ada di daerah Kota Marudu
Antara Etnik yang menarikan tarian selama 12 jam untuk menyahut cabaran dalam The Malaysia Book Of Records ini
Pegawai MBOR dari Kuala Lumpur memulakan countdown selama 12 jam ini sambil disaksikan oleh semua penari. Tahniah juga kepada Media RTM yang sama sama menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih .. walaupun sudah dimamah usia, namun bukan penghalang untuk bersama sama menjayakan rekod kebangsaan dalam The Malaysia Book Of Records ini
Etnik Tombunuo
Penerbit RENTAS bersama jurukamera yang merupakan media rasmi aktiviti MBOR ini yang berkonsepkan "Hidup Bebas Tanpa Dadah" ini

Sekali lagi unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dengan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan AADK negeri Sabah dalam The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Ethnic Dance 12 Hours sempena sambutan Pesta Kaamatan Kota Marudu. Aktiviti yang bertunjangkan konsep "Sekolah Bebas Dadah 2012" serta "Remaja Sihat Tanpa Dadah" ini telah disertai oleh etnik etnik yang ada di Kota Marudu dan Pitas. Sebanyak 24 tarian etnik dipersembahkan dalam MBOR ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan aktiviti MBOR peringkat kebangsaan ini. Setinggi tahniah kepada pihak RTM yang telah menjadi media rasmi sepanjang aktiviti ini berjalan.


Banner Longest Nonstop Ethnic Dance 24 Hours (The Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Banner MBOR yang telah dibuat oleh Unit PPDa sekolah sebagai hebahan kepada masyarakat setermpat dan hebahan media cetak dan elektronik

Syabas dan tahniah kepada Unit PPDa SMK langkon di atas usaha kreatif dalam mempromosikan aktiviti MBOR berbentuk banner. Semoga usaha ini akan memberikan impak positif dalam kalangan remaja khusnya yang berada di Kota marudu sempena sambutan Pesta Kaamatan Daerah ini.

Wednesday, September 8, 2010

Gambar Kenangan Unit PPDa SMK Langkon Bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Sewaktu Lawatan Diraja Ke Kota Marudu

Kenangan terindah dan bersejarah bagi semua warga unit PPDa SMK Langkon apabila DYMM Raja Muda Perlis bersetuju bergambar dengan unit PPDa sekolah. Kelihatan dalam gambar para VIP yang terdiri dari Pengetua SMK Langkon, Pengetua SMK KM, YB Anita Baranting, Pegawai Daerah, YB Sarapin Magana dan YB Dr. Maximus Ongkili, Menteri MOSTI Malaysia


Kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah sewaktu Raja Muda Perlis memperkenankan permintaan Unit PPDa SMK Langkon untuk mengabdikan kenangan bersama dengan baginda. Peluang ini merupakan satu pengalaman berharga bagi semua warga unit PPDa sekolah. Pengalaman ni juga membuatkan unit ini lebih proaktif untuk memperkenalkan unit ini di mata dunia.


Tuesday, September 7, 2010

Hebahan Pameran Unit PPDa SMK Langkon Berbentuk Kolaj Di Facebook Mendapat Sambutan Yang Positif Dalam Kalangan Pengguna Facebook

Hebahan pameran unit PPDa SMK Langkon sempena hari kemerdekaan kali ke-53 peringkat daerah Kota Marudu di Facebook mendapat respon yang baik dalam pengguna facebook
 
Unit PPDa SMK Langkon telah menghebahkan koleksi pameran Unit PPDa sekolah sempena sambutan hari kemerdekaan kali ke-53 peringkat daerah Kota Marudu berbentuk kolaj di facebook. Usaha ini diharap akan dapat membantu membuka mata dunia mengenai usaha membanteras dadah oleh unit PPDa SMK Langkon walaupun sekolah ini serba kekurangan dari segi fizikal atau dengan erti kata lain sebagai sekolah menumpang di SK Langkon.