Thursday, November 15, 2012

Rangkaian Jaringan Smart Partnership-Perkongsian Pintar Dengan IPD (Pihak Polis) Kota Marudu

Terima kasih IPD Kota Marudu.. hujan bukan satu penghalang bagi Pegawai Perhubungan Polis menyampaian ceramah di SMK Langkon
Ceramah kepada pelajar pelajar SMK Langkon
Khusyuk pelajar - pelajar SMK langkon mendengar ceramah dari IPD Kota Marudu ini

Unit PPDa SMK Langkon komited dalam membina rantaian jaringan perkongsian pintar (smart partnership) dengan pelbaga agensi luar dalam menyampaikan pelbagai maklumat mengenai dadah & jenayah akibat penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Terima kasih IPD (Pihak Polis) Kota Marudu yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada semua aktiviti sekolah berkaitan dengan PPDa di sekolah ini.

The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-24 Hours) di SM Clark, Philippines Peringkat Antarabangsa

Terima kasih Air Asia
Sesi motivasi & berdoa sebelum mengadakan tarian 24 jam tanpa henti The Malaysia Book Of Records di SM Clark Philippines
Antara tarian 24 jam tanpa henti oleh Jean Octaviana
Sidang media bersama Dato' Ibrahim Saad Duta Malaysia di Negara Philippines di Pejabat Kedutaan Malaysia di Philippines

Sekali lagi SMK Langkon telah mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia apabila berjaya mencipta rekod The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-24 Hours) peringkat antarabangsa, kali ini di SM Clark Philippines.Aktiviti yang berkonsepkan "Remaja Hidup Bebas tanpa Dadah" telah ke udara di kaca TV dalam rancangan RENTAS TV1. Syabas dan tahniah kepada pelajar - pelajar dan tenaga pengajar SMK Langkon yang tidak pernah kenal apa itu penat dan lelah serta sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dalam keterbatasan yang ada sebagai sebuah sekolah menumpang yang penuh kekurangan.









Persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" Unit PPDa SMK Langkon Sempena Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Sabah


Persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" sempena Majlis Anugerah PPDa peringkat negeri Sabah di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu
Makan tengah hari selepas persembahan dan sesi penerimaan anugerah
Terima kasih Unit PPDa JPN Sabah di atas kesudian menjemput Persembahan Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah peringkat negeri bertempat di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu


Terima kasih diucapkan kepada Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di atas jemputan Unit PPDa sekolah untuk mengadakan persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" sempena majlis Anugerah PPDa yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu. Pengalaman ini sudah tentunya akan menjadi satu pengalaman terindah buat pelajar - pelajar dari SMK Langkon, Kota Marudu ini.

Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Kota Marudu (Tempat Ketiga Peringkat Negeri Sabah)

Tempat Ketiga Peringkat Negeri Sabah (Bilik Sumber PPDa SMK Langkon, Kota Marudu)

Tahniah kepada Unit PPDa SMK Langkon kerana telah memenangi tempat ketiga Bilik Sumber PPDa Terbaik peringkat negeri Sabah walaupun dalam keterbatasan sebagai sebuah sekolah menumpang di luar bandar. Terima kasih kepada semua agensi yang telah bersama sama meletakkan Unit PPDa SMK Langkon di tahap yang membanggakan dalam persada pendidikan negara.

Unit PPDa SMK Langkon Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama Pejabat Daerah Kota Marudu & AADK Negeri Sabah Dalam "Tarian Etnik 12 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012" Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu

Sijil The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-12 Hours)
Peserta MBOR yang terdiri dari Pelajar SMK Langkon, SMK Tandek dan etnik etnik yang ada di daerah Kota Marudu
Antara Etnik yang menarikan tarian selama 12 jam untuk menyahut cabaran dalam The Malaysia Book Of Records ini
Pegawai MBOR dari Kuala Lumpur memulakan countdown selama 12 jam ini sambil disaksikan oleh semua penari. Tahniah juga kepada Media RTM yang sama sama menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih .. walaupun sudah dimamah usia, namun bukan penghalang untuk bersama sama menjayakan rekod kebangsaan dalam The Malaysia Book Of Records ini
Etnik Tombunuo
Penerbit RENTAS bersama jurukamera yang merupakan media rasmi aktiviti MBOR ini yang berkonsepkan "Hidup Bebas Tanpa Dadah" ini

Sekali lagi unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dengan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan AADK negeri Sabah dalam The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Ethnic Dance 12 Hours sempena sambutan Pesta Kaamatan Kota Marudu. Aktiviti yang bertunjangkan konsep "Sekolah Bebas Dadah 2012" serta "Remaja Sihat Tanpa Dadah" ini telah disertai oleh etnik etnik yang ada di Kota Marudu dan Pitas. Sebanyak 24 tarian etnik dipersembahkan dalam MBOR ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan aktiviti MBOR peringkat kebangsaan ini. Setinggi tahniah kepada pihak RTM yang telah menjadi media rasmi sepanjang aktiviti ini berjalan.


Banner Longest Nonstop Ethnic Dance 24 Hours (The Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Banner MBOR yang telah dibuat oleh Unit PPDa sekolah sebagai hebahan kepada masyarakat setermpat dan hebahan media cetak dan elektronik

Syabas dan tahniah kepada Unit PPDa SMK langkon di atas usaha kreatif dalam mempromosikan aktiviti MBOR berbentuk banner. Semoga usaha ini akan memberikan impak positif dalam kalangan remaja khusnya yang berada di Kota marudu sempena sambutan Pesta Kaamatan Daerah ini.

Anugerah PPDa Sekolah Menengah 2010 & 2011

Anugerah PPDa Sekolah Menengah 2010 & 2011

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit PPDa sekolah di atas penganugerahan "Anugerah PPDa Sekolah Menengah bagi tahun 2010 & 2011" sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2011 dan 2012. Semoga anugerah ini akan membakar semangat warga sekolah untuk terus ke hadapan untuk melakar lebih banyak kejayaan walaupun serba kekurangann sebagai sebuah sekolah menumpang.


Anugerah Khas PPDa Peringkat Negeri Sabah

Anugerah Khas yang dimenangi oleh Unit PPDa SMK Langkon Peringkat Negeri Sabah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit PPDa sekolah kerana telah diberikan Anugerah Khas oleh Jaabatan Pelajaran Negeri Sabah. Semoga anugerah ini akan membuatkan unit ini terus ke hadapan dan mencipta lebih banyak kejayaan dan pencapaian. Mudah mudahan.

Salam Kemaafan dari Admin Blogspot PPDa SMK Langkon kota Marudu

Salam kemaafahan dari admin blogspot PPDa SMK Langkon Kota Marudu
 
Salam kemaafan dan salam ceria dari admin blogspot PPDa SMK Langkon Kota Marudu
Salah sejahera dan salam 1 Malaysia. Salam kemaafan dari admin PPDa SMK Langkon Kota Marudu kerana sudah lama (hampir 2 tahun) tidak memberikan informasi terkini mengenai aktivti PPDa sekolah ini. Walaubagaimanapun admin akan berusaha menyelitkan aktiviti aktiviti PPDa dan pencapaian unit ini sepanjang tajn 2011 dan 2012 sebelum bermulanya sesi persekolahan pada tahun 2013 nanti. Admin PPDa SMK langkon mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang datang ke blogspot ini untuk mendapatkan informasi mengenai perlaksanaan PPDa di sekolah ini.