Thursday, November 15, 2012

Unit PPDa SMK Langkon Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama Pejabat Daerah Kota Marudu & AADK Negeri Sabah Dalam "Tarian Etnik 12 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012" Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu

Sijil The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-12 Hours)
Peserta MBOR yang terdiri dari Pelajar SMK Langkon, SMK Tandek dan etnik etnik yang ada di daerah Kota Marudu
Antara Etnik yang menarikan tarian selama 12 jam untuk menyahut cabaran dalam The Malaysia Book Of Records ini
Pegawai MBOR dari Kuala Lumpur memulakan countdown selama 12 jam ini sambil disaksikan oleh semua penari. Tahniah juga kepada Media RTM yang sama sama menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih .. walaupun sudah dimamah usia, namun bukan penghalang untuk bersama sama menjayakan rekod kebangsaan dalam The Malaysia Book Of Records ini
Etnik Tombunuo
Penerbit RENTAS bersama jurukamera yang merupakan media rasmi aktiviti MBOR ini yang berkonsepkan "Hidup Bebas Tanpa Dadah" ini

Sekali lagi unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dengan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan AADK negeri Sabah dalam The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Ethnic Dance 12 Hours sempena sambutan Pesta Kaamatan Kota Marudu. Aktiviti yang bertunjangkan konsep "Sekolah Bebas Dadah 2012" serta "Remaja Sihat Tanpa Dadah" ini telah disertai oleh etnik etnik yang ada di Kota Marudu dan Pitas. Sebanyak 24 tarian etnik dipersembahkan dalam MBOR ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan aktiviti MBOR peringkat kebangsaan ini. Setinggi tahniah kepada pihak RTM yang telah menjadi media rasmi sepanjang aktiviti ini berjalan.