Showing posts with label Anugerah Dan Pencapaian Unit PPDa SMK Langkon. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Dan Pencapaian Unit PPDa SMK Langkon. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Kota Marudu (Tempat Ketiga Peringkat Negeri Sabah)

Tempat Ketiga Peringkat Negeri Sabah (Bilik Sumber PPDa SMK Langkon, Kota Marudu)

Tahniah kepada Unit PPDa SMK Langkon kerana telah memenangi tempat ketiga Bilik Sumber PPDa Terbaik peringkat negeri Sabah walaupun dalam keterbatasan sebagai sebuah sekolah menumpang di luar bandar. Terima kasih kepada semua agensi yang telah bersama sama meletakkan Unit PPDa SMK Langkon di tahap yang membanggakan dalam persada pendidikan negara.

Anugerah PPDa Sekolah Menengah 2010 & 2011

Anugerah PPDa Sekolah Menengah 2010 & 2011

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit PPDa sekolah di atas penganugerahan "Anugerah PPDa Sekolah Menengah bagi tahun 2010 & 2011" sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2011 dan 2012. Semoga anugerah ini akan membakar semangat warga sekolah untuk terus ke hadapan untuk melakar lebih banyak kejayaan walaupun serba kekurangann sebagai sebuah sekolah menumpang.


Anugerah Khas PPDa Peringkat Negeri Sabah

Anugerah Khas yang dimenangi oleh Unit PPDa SMK Langkon Peringkat Negeri Sabah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit PPDa sekolah kerana telah diberikan Anugerah Khas oleh Jaabatan Pelajaran Negeri Sabah. Semoga anugerah ini akan membuatkan unit ini terus ke hadapan dan mencipta lebih banyak kejayaan dan pencapaian. Mudah mudahan.

Monday, October 11, 2010

Unit PPDa Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama PEMADAM Negeri "Tarian Magunatip 1 Malaysia 48 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Syabas & tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan aktiviti The Malaysia Book Of Records ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 601 orang penari yang terdiri daripada ahli PRS, ahli unit unit berunifom sekolah, Giat Mara, SMK KM1, SMK Tandek, PPD Kota Marudu, PEMDAM dan JPN Sabah.

Cgu Sharifah dengan sijil MBOR (The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Magunatip Dance For 48 Hours)

Unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Record dengan membuat rekod tarian magunatip 48 jam tanpa henti yang dibuat di dewan terbuka SMK Langkon. Rekod ini telah dijayakan oleh 601 orang yang terdiri dari pelajar, guru, pensyarah dan pelatih dari Giat Mara Koata Marudu. Program ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh PEMADAM negeri Sabah, YB Sarapin Magana, YB Dr Maximus Ongkili dan YB Anita Baranting. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tarian magunatip 48 jam tanpa henti Malaysia Book Of Record.