Showing posts with label Aktiviti SLAD. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti SLAD. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

Ahli Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) & Bilik Sumber Pendidikan pencegahan Dadah (PPDa) SMK Langkon 2013

Pengerusi & Setiausaha SLAD di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon yang ceria dan menanti pelawat untuk mendapatkan informasi di bilik sumber ini.
Unit PPDa SMK Langkon mengalu alukan kedatangan para pelawat ke Bilik Sumber PPDa sekolah yang menjadi one stop centre bagi mendapatkan pelbagai maklumat PPDa. Para pelajar yang berminat untuk menjadi ahli SLAD, permohonan kini terbuka untuk sesi persekolahan 2014.

Sunday, August 11, 2013

Bubur Lambuk SMK Langkon (Untuk 1000 Orang) Dirasmikan Oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Kota Marudu (Pn Luvita Koisun)-Meriah



Kerjasama membawa berkat

Ahli SLAD sedang memasak bubur lambuk di SMK Langkon


Bubur Lambuk SMK Langkon yang telah dirasmikan oleh Pengerusi PEMADAM Daerah iaitu Pn Luvita Koisun meriah dan telah dijayakan oleh pihak sekolah menerusi Guru Guru sekolah, AJK Guru PPDa dan ahli SLAD SMK Langon. Aktiviti ini telah mendapat tajaan dari Bank Rakyat Kuala Lumpur dan En. Azhar Othman, Pengerusi Peak Yield Sdn Bhd. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dalam aktiviti yang julung kali diadakan di SMK Langkon.

Pameran PPDa Oleh SLAD SMK Langkon Sempena Karnival Kaunseling SMK Langkon 2013

Pameran PPDa oleh ahli SLAD.

Antara Agensi luar yang datang bersama sama membuat pameran sempena Karnival Kaunseling ini.

Pengetua SMK Langkon, Puan Alizizah Haji Sipil sedang membuat ucapan perasmian program Karnival Kaunseling di aman salah satu pengisian penting ialah aktiviti PPDa sekolah


Bersempena Karnival Kaunseling, Unit PPDa sekolah telah mengadakan pameran PPDa yang telah dijayakan oleh kumpulan pelajar SLAD (Skim Lencana Anti Dadah). Pameran ini merupakan salah satu cara menghebahkan bahaya penyalahgunaan Dadah dalam kalangan remaja oleh ahli SLAD kepada rakan sebaya mereka di sekolah.

Info 5 minit Dadah Oleh Ahli SLAD Di Kelas SMK Langkon

Hebahan Info Dadah di kelas oleh ahli SLAD SMK Langkon

Hebahan Info Dadah di kelas ke kelas oleh ahli SLAD SMK Langkon
Ahli SLAD di SMK Langkon bukan sahaja menyampaikan info 5 minit sewaktu perhimpunan malah di setiap kelas yang disampaikan secara berkala oleh ahli SLAD di sekolah ini.

Thursday, November 15, 2012

Unit PPDa SMK Langkon Mencipta Sejarah Dalam Penganjuran Bersama Pejabat Daerah Kota Marudu & AADK Negeri Sabah Dalam "Tarian Etnik 12 Jam Tanpa Henti (Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012" Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu

Sijil The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-12 Hours)
Peserta MBOR yang terdiri dari Pelajar SMK Langkon, SMK Tandek dan etnik etnik yang ada di daerah Kota Marudu
Antara Etnik yang menarikan tarian selama 12 jam untuk menyahut cabaran dalam The Malaysia Book Of Records ini
Pegawai MBOR dari Kuala Lumpur memulakan countdown selama 12 jam ini sambil disaksikan oleh semua penari. Tahniah juga kepada Media RTM yang sama sama menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih .. walaupun sudah dimamah usia, namun bukan penghalang untuk bersama sama menjayakan rekod kebangsaan dalam The Malaysia Book Of Records ini
Etnik Tombunuo
Penerbit RENTAS bersama jurukamera yang merupakan media rasmi aktiviti MBOR ini yang berkonsepkan "Hidup Bebas Tanpa Dadah" ini

Sekali lagi unit PPDa SMK Langkon melakar sejarah dengan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan AADK negeri Sabah dalam The Malaysia Book Of Records-Longest Nonstop Ethnic Dance 12 Hours sempena sambutan Pesta Kaamatan Kota Marudu. Aktiviti yang bertunjangkan konsep "Sekolah Bebas Dadah 2012" serta "Remaja Sihat Tanpa Dadah" ini telah disertai oleh etnik etnik yang ada di Kota Marudu dan Pitas. Sebanyak 24 tarian etnik dipersembahkan dalam MBOR ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan aktiviti MBOR peringkat kebangsaan ini. Setinggi tahniah kepada pihak RTM yang telah menjadi media rasmi sepanjang aktiviti ini berjalan.


Thursday, August 12, 2010

Perjumpaan Ahli Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) Untuk Aktiviti Mengecat Mural Dan Perarakan Sepanduk Anti Dadah


Ahli SLAD bersama guru SLAD SMK Langkon
Sesi perbincangan ahli SLAD di bilik sumber PPDa SMK Langkon
 
Ahli SLAD sekolah telah mengadakan perbincangan dengan guru SLAD sekolah mengenai program pendidikan pencegahan Dadah di sekolah ini. Dua program yang akan dibuat ialah perarakan sepanduk anti Dadah ke kampung Langkon Baru dan Tonsom. Pada masa yang sama, ahli SLAD juga terlibat dengan aktiviti mengecat mural kawasan PPDa sekolah.