Thursday, August 12, 2010

Barisan AJK Unit Pencegahan Pendidikan Dadah SMK Langkon Komited Menjayakan Visi Sekolah Bebas Dadah 2012 di SMK Langkon

Barisan AJK Pendidikan Pencegahan Pendidikan Dadah SMK langkon yang terdiri daripada pihak pentadbir, kaunselor & guru - guru dari pelbagai opsyen yang ceria dan komited dalam membenteras penyalahgunaan Dadah di sekolah


Barisan AJK PPDa sekolah komited membenteras Dadah di sekolah dan bersama sama menjayakan visi "Sekolah Bebas Dadah 2012" di sekolah ini. Kelihatan dalam gambar ialah En. Johen Gipin, En. Rahim Othman, Pn. Sharifah Sebil, Pn. Jailin Gumpil, Cr Stanley T. Missun, En. Bijot Padsok, En. Affendi Guad, Ustaz Shukri Mamat, En. Ahmad Khusairi, Pn. Roseminah, Pn. Fatimah Jusoh (PK Pentadbiran) dan Pn. Solingkoi Sidi (Pengetua). Di kesempatan ini juga barisan AJK PPDa sekolah ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani peperiksaan EXCEL kepada semua pelajar di SMK Langkon.


Unit PPDa Menerima Sumbangan Rak TV Bernilai RM480 Dari Sarhad Trading Kota Marudu

Pn. Solingkoi Sidi mewakili Unit PPDa SMK Langkon menerima sumbangan rak TV dari Sarhad Trading
Terima kasih daun keladi, lain kali sumbanglah lagi .. unit PPDa sekolah menerima segala sumbangan yang diberi untuk menaik taraf bilik ini dari masa ke semasa


Unit PPDa SMK Langkon juga telah menerima sumbangan rak TV bernilai RM480 dari Sarhad Trading Kota Marudu. Sumbangan ini telah diterima oleh Pn. Solingkoi Sidi, Pengetua SMK Langkon di kedai Sarhad Trading pada 10 Ogos 2010. Kelihatan dalam gambar ialah KTBM sekolah dan Guru PPDa sekolah. Terima kasih Sarhad Trading di atas kesudian memberikan sumbangan rak TV kepada Unit PPDa sekolah ini.


Sumbangan TV LG Bernilai RM1300 Dan DVD Player Bernilai RM280 Oleh En. Azman (LLS) Kepada Unit PPDa SMK Langkon

Cr Sanley mewakili Unit PPDa SMK Langkon menerima DVD Player dari En. Azman. Kelihatan dalam gambar ialah En. Rahim, Pn. Rubinah, Cik Mariati & Pn. Solingkot, Pengetua SMK Langkon
En. Azman memberikan TV kepada Pn. Slingkoi sebagai sumbangan ikhlas kepada uit PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon telah menerima TV bernilai RM1300 dan DVD Player bernilai RM280 dari En. Azman untuk melengkapkan kefungsian bilik sumber PPDa yang ada di sekolah ini pada 10 Ogos 2010. Ini secara tidak langsung memudahkan pelajar mendapat pelbagai maklumat dari media elektronik yang ada di bilik ini. Unit PPDa ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Azman di atas kesudian memberikan sumbangan TV dan DVD player kepada bilik sumber SMK Langkon.


Sumbangan Aroma Terapi Bali Indonesia Oleh Pn. Sinar Igah Dari Sinar Photocopy Kota Marudu Kepada Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Sumbangan Pn. Dayang sinar kepada bilik sumber PPda SMK Langkon
 
Unit PPDa telah menerima sumbangan aroma terapi Bali Indonesia dari Pn. Dayang Sinar. En. Rahim Othman yang merupakan Guru PPDa sekolah telah menerima sumbangan ini di hadapan bilik sumber PPDa SMK Langkon.


Lawatan Sambil Belajar Pelajar 2 Ikhlas Ke Bilik sumber PPDa SMK Langkon

Khusyuknya pelajr 2 Ikhlas mendapatkan maklumat di bilik sumber PPDa SMK Langkon
Pelajar 2 Ikhlas beratur dan mendaftarkan nama sebelum memasuki bilik sumber PPDa sekolah
Pn. Dayang Sinar, Guru Pengiring 2 Ikhlas ke bilik sumber PPDa sekolah

Pn. Dayang Sinar telah membawa kelas 2 Ikhlas untuk mendapatkan maklumat pencegahan pendidikan Dadah di bilik sumber PPDa sekolah pada 10 Ogos 2010. Banyak maklumat yang telah diperolehi oleh pelajar 2 Ikhlas dan maklumat tersebut telah dijilidkan mengikut konsep buku skrap oleh Unit PPDa sebagai rujukan para pengunjung ke bilik ini di masa hadapan.


Perjumpaan Ahli Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) Untuk Aktiviti Mengecat Mural Dan Perarakan Sepanduk Anti Dadah


Ahli SLAD bersama guru SLAD SMK Langkon
Sesi perbincangan ahli SLAD di bilik sumber PPDa SMK Langkon
 
Ahli SLAD sekolah telah mengadakan perbincangan dengan guru SLAD sekolah mengenai program pendidikan pencegahan Dadah di sekolah ini. Dua program yang akan dibuat ialah perarakan sepanduk anti Dadah ke kampung Langkon Baru dan Tonsom. Pada masa yang sama, ahli SLAD juga terlibat dengan aktiviti mengecat mural kawasan PPDa sekolah.

Lawatan Skill Tech Pinawantai Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Dan Sumbangan 2 Buah Hamper Untuk Pertandingan Sudut PPDa Dalam Kelas

En. Christian Jaungin dari Skill Tech Pinawantai bersama ahli PRS SMK Langkon sewaktu sesi lawatan ke bilik sumber PPDa sekolah pada 9 Ogos 2010

En. Christian Jaungin dari Skill Tech Pinawantai telah melawat ke bilik sumber PPDa SMK Langkon pada 9 Ogos 2010. Pada yang sama, unit PPDa SMK Langkon juga telah menerima sumbangan 2 buah hamper dari Skill Tech Pinawantai. Terima kasih diucapkan kepada Skill Tech Pinawantai. 

Remaja Sihat Tanpa Dadah - Persembahan PRS & Pelajar SMK Langkon Sempena Kejohanan Olahraga MSS Zon Utara

Remaja sihat tanpa Dadah - imej yang dibawa oleh persembahan PRS & Pelajar SMK Langkon
Kumpulan Tarian Kipas yang ceria dan bertenaga
Finale persembahan yang melibat 100 orang pelajar yang berjaya menghiburkan para penonton dalam kejohanan olahraga MSS Zon Utara
Ceria dan bertenaga kumpulam tarian pom pom girl, memang sesuai dengan tema remaja sihat tanpa Dadah
Persembahan PRS dan pelajar SMK Langkon pada bulan April tahun ini telah berjaya menonjolkan imej remaja sihat tanpa Dadah. Persembahan yang menggabungkan elemen seni tari pertahanan diri silat gayung, karate, aerobik, modern dance dan tarian kontemporali tradisional berjaya memeriahkan suasana majlis penutupan kejohanan olahraga MSS Zon utara. jurulatih persembahan terdiri dari barisan AJK PPDa sekolah iaitu Cr Stanley, Pn. Jailin, Pn. Sharifah dan beberapa guru lain seperti Pn. Marjina Muji (Kini PK HEM di SMK Bongol), En. Hassan & En. Melvy. Tahniah kepada warga sekolah yang berjaya menonjolkan imej remaja sihat tanpa Dadah.