Tuesday, September 7, 2010

Sumbangan RM4000 Dari PEMADAM Daerah Kota Marudu Untuk Program Motivasi Anti Dadah Dan Pertandingan Senamrobik Remaja Sihat Tanpa Dadah Anjuran Unit PPDa SMK Langkon



En. Simon, Setiusaha PEMADAM daerah Kota Marudu bersetuju untuk memberikan peruntukan berjumlah RM4000 untuk 2 program anjuran Unit PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon bertuah kerana mendapat peruntukan sebanyak RM4000.00 dari PEMADAM daerah untuk mengadakan program motivas anti dadah dan pertandingan senamrobik "remaja sihat tanpa dadah" yang akan dibuat apada 24 September dan 3 Oktober. Program ini merupakan salah satu program tahunan unit PPDa sekolah untuk menghebahkan kepentingan mempunyai budaya sihat tanpa dadah kepada remaja dan masyarakat sekeliling di daerah Kota Marudu. Kumpulan sasaran program ini ialah semua sekolah menengah Kota Marudu dan penduduk setempat.