Showing posts with label Minggu Anti Dadah. Show all posts
Showing posts with label Minggu Anti Dadah. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Program Motivasi Tingkatan 5 Oleh Kolej PTPL Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah Kolej PTPL
Penyampaian yang disampaikan oleh pensyarah dari kolej PTPL sangat menarik dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan




Kolej PTPL Sabah telah dijemput oleh sekolah untuk menjayakan program motivasi tingkatan 5 sempena minggu anti Dadah di sekolah ini. Salah satu aspek yang ditekankan oleh penceramah ialah mana - mana pelajar yang didapati positif Dadah tidak akan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana - mana IPT sama ada IPTS swasta atau IPTA awam.


Aktiviti Mengecat Mural Dinding & Banner Anti Dadah Oleh Pengawas PPDa SMK Langkon

Pengawas PPDa SMK Langkon bersama Guru PPDa SMK Langkon begitu komited membuat banner sepanjang 15 kaki untuk direntangkan di sekitar kawasan bangunan sekolah
Antara banner yang disediakan oleh Pengawas PPDa SMK Langkon. Tahniah dan syabas di atas komitmen yang tinggi dalam membantu merealisasikan visi negara "sekolah bebas dadah 2012" & "negara bebas dadah 2015"
Permuafakatan oleh 2 orang kaunselor dan guru bersama pelajar pelajar di SMK Langkon sempena minggu anti dadah sekolah. Kelihatan dalam gambar, antara peralatan yang diperlukan untuk melancarkan lagi proses kerja meceriakan sekolah berorientasikan usaha membenteras najis Dadah
Walaupun terpaksa berjuang dengan matahari yang panas, Pengawas PPDa sekolah tidak menjadikannya alasan untuk tidak melaksanakan tugasan yang diberi untuk menceriakan lagi dinding bersebelahan dengan bilik sumber PPDa sekolah

Muafakat membawa berkat. Kelihatan dalam gambar semua warga sekolah bermuafakat dalam membenteras najis Dadah di sekolah. Pengawas PPDa bukan sahaja mewarna mural dinding malah membantu menghasilkan banner setinggi 15 kaki untuk direntangkan kawasan sekolah. Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.


Pertandingan Membuat Fish Tail, Buku Skrap, melukis poster & Esei Anti Dadah Antara Kelas & Unit Beruniform Anjuran Panitia PSV Dengan Kerjasama Unit PPDa dan Unit Kokurikulum Sekolah

Persatuan Pengakap merupakan antara unit berunifom yang mempunyai hasil lukisan fisg=h tail yang menarik dalam pertandingan ini
Antara hasil fish tail yang dibuat oleh kelas dan unit berunifom di SMK Langkon
Pelajar sedang menyusun fish tail yang dilukis oleh pelajar yang mewakili kelas & unit beruniform untuk dinilai oleh hakim pertandingan ini
Semua pelajar mendengar taklimat oleh pengerusi unit - unit beruniform mengenai pertandingan membuat buku skrap, esei, mewarna poster dan fish tail

Pertandingan membuat fishtail, buku skrap, melukis poster & membuat esei anti Dadah antara kelas dan unit berunifom merupakan antara aktiviti menarik sepanjang minggu anti Dadah sekolah pada tahun ini. Dalam pertandingan ini, pelajar bukan sahaja menunjukkan kreativiti yang tinggi dalam membuat fish tail malah mempamerkan kerjasama yang erat dalam kalangan kumpulan. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat khususnya kepada panitia PSV dan unit Kokurikulum sekolah dalam menjayakan aktiviti serampang dua mata ini.


Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anjuran Panitia Bahasa Melayu Dengan Kerjasama Unit PPda Sekolah Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Peserta deklamasi sajak memerlukan konsentrasi tinggi. Begitu juga dengan hakim yang terdiri dari guru - guru Bahasa Melayu, begitu fokus dalam menilai persembahan pelajar
Cikgu Jennefer, Cikgu Hassan & Cikgu Sharifah merupakan tulang kuat dalam menjayakan pertandingan deklamasi sajak ini. Tahniah diucapkan kepada panitia Bahasa Melayu


Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan pertandingan mendeklamasi sajak sempena minggu anti Dadah dalam karnival kaunseling SMK Langkon 2010. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar - pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Didapati pelajar di sekolah ini mempunyai bakat terpendam dan boleh diasah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.


Senamrobik Free Drug Zone Oleh Panitia PJK Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Senamrobik ini merupakan salah satu melahirkan pelajar sihat tanpa Dadah


Panitia PJK dengan kerjasama unit PPda sekolah telah menganjurkan senamrobik free drug zone sempena minggu anti Dadah sekolah. Ianya telah disertai oleh guru - guru, pelajar dan Giat Mara. Giat Mara telah menghantar semua pensyarah dan 22 pelatih untuk memeriahkan senamrobik ini. Turut serta dalam senamrobik ini ialah Pengurus Giat Mara.


Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Antara pameran oleh AADK Negeri Sabah di dewan terbuka SMK Langkon
Penolong Kanan, Ketua Bidang, Kaunselor & Guru SMK Langkon bergambar dengan En. Ashraf dari AADK negeri Sabah
Pelajar - pelajar begitu bersemangat mendengar taklimat yang disampaikan oleh AADK negeri Sabh mengenai bahaya penyalahgunaan Dadah dalam kalangan remaja
Pelatih pelatih Giat Mara Kota Marudu juga antara pelawat yang datang mengunjungi tapak pameran AADK negeri Sabah
Pelajar SMK Langkon mengambil peluang ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai kesan penyalahgunaan Dadah daripada pegawai AADK negeri Sabah

Unit PPDa SMK Langkon sempena bulan karnival kaunseling sekolah telah menjemput AADK negeri Sabah untuk membuat pameran anti Dadah di dewan terbuka SMK Langkon. Pameran ini telah disertai oleh semua guru dan pelajar sekolah ini. Pelajar - pelajar melawat tapak pameran AADK ini mengikut kelas secara berkala bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang.


Sumbangan 4 Buah Basikal Untuk Pertandingan Membuat Buku Skrap Dadah Dan Cabutan Tiket Bertuah Sempena Karnival Kaunseling SMK Langkon Oleh Pn Fauziah Dari Wilayah Persekutuan Labuan

Puan Fauziah bersama ahli PRS & pengawas PPDa sekolah selepas bersetuju memberikan sumbangan basikal kepada SMK Langkon

Pihak sekolah sangat berbesar hati dengan sumbangan 4 buah basikal oleh Puan Fauziah bernilai RM 1120. Puan FAuziah telah menyumbangkan 4 buah basikal ini sewaktu Kaunselor, PK KOKUM dan 6 orang PRS sekolah ke SMK Lajau Labuan mengikuti program selangkah ke menara gading anjuran PEKEMA. Kelihatan dalam gambar PRS dan Pengawas PPDa sekolah mendapat RM100 setiap seorang dari Puan Fauziah. Keenam enam pelajar sekolah telah menggunakan sumbangan RM100 untuk membeli coklat. Coklat ini diberikan kepada semua guru, rakan rakan PRS, tukang kebun dan pengawal keselamatan di SMK Langkon.
  

Aktiviti Mewarna Mural Dinding Sempena Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Semua pelajar tekun melukis mural dinding mengikut kelas masing masing
Kelas 4 Geografi yang tekun melukis mural perangi Dadah
Kelas 5 Ekonomi juga antara kelas yang kreatif melukis mural dinding sempena minggu anti dadah
Dinding ini merupakan dinding yang dilukias oleh kelas 2 Amanah

Unit PPDa SMK Langkon dengan kerjasama panitia PSVsempena minggu anti Dadah dalam karnival kaunseling telah mengadakan pertandingan melukis mural dinding sebagai salah satu cara menceriakan lagi kawasan sekolah. Pelajar - pelajar yang melukis mural dinding ini diberikan dinding berdasarkan kelas masing - masing. Tahniah kepada pelajar memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti ini.