Showing posts with label Kesan Halo PPDa SMK Langkon. Show all posts
Showing posts with label Kesan Halo PPDa SMK Langkon. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-24 Hours) di SM Clark, Philippines Peringkat Antarabangsa

Terima kasih Air Asia
Sesi motivasi & berdoa sebelum mengadakan tarian 24 jam tanpa henti The Malaysia Book Of Records di SM Clark Philippines
Antara tarian 24 jam tanpa henti oleh Jean Octaviana
Sidang media bersama Dato' Ibrahim Saad Duta Malaysia di Negara Philippines di Pejabat Kedutaan Malaysia di Philippines

Sekali lagi SMK Langkon telah mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia apabila berjaya mencipta rekod The Malaysia Book Of Records (Longest Nonstop Ethnic Dance-24 Hours) peringkat antarabangsa, kali ini di SM Clark Philippines.Aktiviti yang berkonsepkan "Remaja Hidup Bebas tanpa Dadah" telah ke udara di kaca TV dalam rancangan RENTAS TV1. Syabas dan tahniah kepada pelajar - pelajar dan tenaga pengajar SMK Langkon yang tidak pernah kenal apa itu penat dan lelah serta sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dalam keterbatasan yang ada sebagai sebuah sekolah menumpang yang penuh kekurangan.









Persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" Unit PPDa SMK Langkon Sempena Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Sabah


Persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" sempena Majlis Anugerah PPDa peringkat negeri Sabah di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu
Makan tengah hari selepas persembahan dan sesi penerimaan anugerah
Terima kasih Unit PPDa JPN Sabah di atas kesudian menjemput Persembahan Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah peringkat negeri bertempat di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu


Terima kasih diucapkan kepada Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di atas jemputan Unit PPDa sekolah untuk mengadakan persembahan "Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah" sempena majlis Anugerah PPDa yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah di Sabah Trade Centre Kota Kinabalu. Pengalaman ini sudah tentunya akan menjadi satu pengalaman terindah buat pelajar - pelajar dari SMK Langkon, Kota Marudu ini.

Banner Longest Nonstop Ethnic Dance 24 Hours (The Malaysia Book Of Record)" Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Banner MBOR yang telah dibuat oleh Unit PPDa sekolah sebagai hebahan kepada masyarakat setermpat dan hebahan media cetak dan elektronik

Syabas dan tahniah kepada Unit PPDa SMK langkon di atas usaha kreatif dalam mempromosikan aktiviti MBOR berbentuk banner. Semoga usaha ini akan memberikan impak positif dalam kalangan remaja khusnya yang berada di Kota marudu sempena sambutan Pesta Kaamatan Daerah ini.

Tuesday, September 7, 2010

Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (26 Anak Yatim Di SMK Langkon)

Adik Missy yang menyampaikan sajak bertajuk "Dadah Musuh Negara" sempena sambutan hari kemerdekaan sekolah sambil diperhatikan oleh guru dan pelajar sekolah

Koir PRS merupakan antara pengisian yang ada dalam sambutan hari kemerdekaan SMK Langkon 2010
 
Unit PPDa telah menghantar wakil pelajar tingkatan 5 iaitu Missy dari 5 Sastera untuk menyampaikan sajak bertajuk "Dadah Musuh Negara" sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di dewan terbuka SMK Langkon pada 30 Ogos 2010. Ini merupakan salah satu usaha Unit PPDa untuk mewarwarkan bahaya dadah dalam kalangan remaja kepada warga sekolah.


Program Mengecat mural Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Oleh Cikgu Sharifah, Cikgu Florence Dan Pelajar

Mewarna mural dinding bilik sumber PPDa SMK Langkon dengan penuh keceriaan
Tekunnya guru PPDa dan pelajar pelajar SMK Langkon membuat mural dadah
 
Usaha untuk mewujudkan kesan halo anti Dadah diteruskan dengan mengecat mural dinding pada bilik sumber PPDa SMK Langkon oleh cikgu Sharifah dan cikgu Florence bersama sama dengan pelajar - pelajar di SMK Langkon pada 30 Ogos 2010. Mural yang dilukis merupakan permandangan dan sajak anti dadah. Syabas diucapkan kepada guru dan pelajar yang terlibat.

Saturday, August 28, 2010

Aktiviti Mengecat Mural Anti Dadah Di Tandas, Bilik Sukan Dan Bilik Persalinan Sebagai Kesan Halo PPDa Di SMK Langkon Semakin Menarik


Pelajar - pelajar giat mewarna mural di lokasi yang telah dikenalpasti oleh Unit PPDa sekolah. Pelajar - pelajar ini dipantau oleh guru - guru PPDa sekolah. Hasil permuafakatan ini berjaya menghasilkan kualiti yang memberangkan. Syabas kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini.

Saturday, August 21, 2010

Aktiviti Mencari Daun Nipah Di Kampung Langkon Lama Sebagai Atap Pondok PPDa SMK Langkon



Di sinilah unit PPDa mendapatkan daun nipah untuk dijadikan atap pondok PPDa di sekolah
Terima kasih penduduk kampung Langkon Lama yang tekah bekerjasama dengan unit PPDa sekolah

Aktiviti mencari daun nipah untuk dijadikan atap pondok PPDa SMK Langkon telah dilaksanakan dengan jayanya oleh cikgu Rahim, Cr. Stanley dan cikgu Justin  bersama dengan 3 orang pelajar. Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung yang bekerjasama dalam pencarian daun nipah ini di kampung mereka.


Aktiviti Mencari Buluh Di Kampung Langkon Baru Untuk Membina Pondok PPDa SMK Langkon

Mengambil buluh bambu di kampung Langkon Baru menggunakan kereta cikgu Justin
Pelajar dan guru meletakkan buluh bambu yang diambil di kampung Baru Langkon berdekatan dengan tapak pondok PPDa SMK Langkon
 
Cikgu Justin, Cr. Stanley dan Cikgu Rahim bersama sama dengan 3 orang pelajar telah pergi ke kampung Langkon Baru untuk mengambil buluh. Buluh ini dugunakan untuk mendirikan pondok PPDa sekolah. Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung langkon baru yang bekerjasama dengan pencarian buluh ini.


Projek Membina Dan Mendirikan Pondok PPDa SMK Langkon


Bersungguh sungguh tukang kebun, pelajar dan guru guru mendirikan pondok PPDa sekolah berdekatan dengan bilik sumber PPDa SMK Langkon
Aktiviti membina dan mendirikan pondok PPDa SMK Langkon merupakan aktiviti yang dilihat dapat menyerikan lagi kesan halo PPDa di sekolah. Aktiviti ini mendapat sokongan dari pekebun, pelajar dan guru di SMK Langkon. Layout atau pelan pondok ini telah diilhamkan oleh salah seorang guru PPDa iaitu cikgu Khusairi Ahmad.


Aktiviti Mengecat Mural Anti Dadah Di Tandas, Bilik Sukan Dan Bilik Persalinan Sebagai Kesan Halo PPDa Di SMK Langkon

Ahli PRS turut membantu membuat mural kesan penyalahgunaan dadah di bilik persalinan sekolah
Pelajar yang kreatif dari 4 Ekonomi
Pelajar dari kelas 4 Geografi
Ahli PRS dari kelas 2A tekun membuat mural Dadah. Bilik persalinan ini dilukis pelbagai mural agar menyerupai penjara

Hasil kerja guru dan pelajar

Aktiviti mengecat mural di tandas, blik persalinan dan bilik sukan bermula pada 18 Ogos 2010 di bawah pengawasan En. Rahim, Cr. Stanley, En. Affendi dan Pn. Anira serta guru guru PPDa SMK Langkon yang lain. Aktiviti ini merupakan salah satu cara mendedahkan kepada pelajar bahaya penyalahgunaan Dadah kepada remaja.