Tuesday, September 7, 2010

Unit PPDa SMK Langkon Dalam Lawatan Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perlis Ke Kota Marudu

Acara pemeriksaan perbarisan oleh DYMM Raja Muda Perlis
Pengiring Polis dari Perlis Indera Kayangan
Bersama Pengetua SMK KM 1 dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu

Unit PPDa proaktif memperkenalkan unit ini kepada semua pelajar, guru, menteri dan pelawat yang datang ke SMK Kota Marudu 2 sempena lawatan diraja DYMM Raja Muda Perlis. Syabas dan tahniah kepada Pn. Sharifah, En. Rahim, Cr Stanley dan pelajar SLAD serta PRS yang komited memperkenalkan unit ini kepada semua orang yang datang. Tidak dilupakan kepada Pengetua yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada unit ini. Begitu juga dengan Pengetua SMK KM 1 dan En. Jainim, Pegawai Pelajaran daerah PPD Kota Marudu.


Sumbangan RM4000 Dari PEMADAM Daerah Kota Marudu Untuk Program Motivasi Anti Dadah Dan Pertandingan Senamrobik Remaja Sihat Tanpa Dadah Anjuran Unit PPDa SMK Langkon



En. Simon, Setiusaha PEMADAM daerah Kota Marudu bersetuju untuk memberikan peruntukan berjumlah RM4000 untuk 2 program anjuran Unit PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon bertuah kerana mendapat peruntukan sebanyak RM4000.00 dari PEMADAM daerah untuk mengadakan program motivas anti dadah dan pertandingan senamrobik "remaja sihat tanpa dadah" yang akan dibuat apada 24 September dan 3 Oktober. Program ini merupakan salah satu program tahunan unit PPDa sekolah untuk menghebahkan kepentingan mempunyai budaya sihat tanpa dadah kepada remaja dan masyarakat sekeliling di daerah Kota Marudu. Kumpulan sasaran program ini ialah semua sekolah menengah Kota Marudu dan penduduk setempat.


Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan Kerjasama UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (Keluarga Pelajar Miskin Di Kampung Langkon Lama)

Di luar rumah
Keadaan rumah yang uzur dan perlu perhatian dari pihak pihak yang bertanggung jwab dalam menbghapus kemiskinan tegar di Kota Marudu
Sumbangan oleh Peak Yield Sdn Bhd kepada keluarga Shirul


Shirul yang merupakan pelajar SMK langkon telah dikenal pasti oleh UBK dan Unit PPDa untuk mendapat bantuan khas amal ramadhan dari Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd. Lorina Kong dipilih berdasarkan status sosial ekonomi yang rendah dan merupakan pelajar cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum. Keluarga ini juga mendapat liputan khas dari Harian Metro yang ditemubual oleh cik Amie Syikin, wartawan muda yang berjiwa besar dalam arena kewartawanan.

Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan Kerjasama UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (Sumbangan Keluarga Pelajar Miskin Di Kampung Manggaris)

Sumbangan amal ramadhan kepada keluarga Lorina Kong
Rumah Lorina Kong yang agak uzur dan memerlukan bantuan orang ramai. Bagi Lorina "kemiskinan bukan penghalang untuk melakar sebuah kejayaan"
Amie Syikin, wartawan Harian Metro khusyuk mendengar pahit getir ibu bapa ini membesarkan Lorina Kong bersama sama dengan 7 orang adiknya yang lain

Lorina Kong yang merupakan pelajar SMK langkon telah dikenal pasti oleh UBK dan Unit PPDa untuk mendapat bantuan khas amal ramadhan dari Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd. Lorina Kong dipilih berdasarkan status sosial ekonomi yang rendah dan merupakan pelajar cemerlang tingkatan 4. Keluarga ini juga mendapat liputan khas dari Harian Metro yang ditemubual oleh cik Amie Syikin, wartawan muda yang berjiwa besar dalam arena kewartawanan.


Hebahan Pameran Unit PPDa SMK Langkon Berbentuk Kolaj Di Facebook Mendapat Sambutan Yang Positif Dalam Kalangan Pengguna Facebook

Hebahan pameran unit PPDa SMK Langkon sempena hari kemerdekaan kali ke-53 peringkat daerah Kota Marudu di Facebook mendapat respon yang baik dalam pengguna facebook
 
Unit PPDa SMK Langkon telah menghebahkan koleksi pameran Unit PPDa sekolah sempena sambutan hari kemerdekaan kali ke-53 peringkat daerah Kota Marudu berbentuk kolaj di facebook. Usaha ini diharap akan dapat membantu membuka mata dunia mengenai usaha membanteras dadah oleh unit PPDa SMK Langkon walaupun sekolah ini serba kekurangan dari segi fizikal atau dengan erti kata lain sebagai sekolah menumpang di SK Langkon.


Sumbangan Scanner Dan Banner Untuk Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Langkon Oleh Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd

Ceria Puan Solingkoi menerima sumbangan scanner dan banner dari Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd untuk Unit PPDa SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon telah menerima dua sumbangan dari Peak Yield Sdn Bhd iaitu banner dan scanner. Dua sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Azhar, Pengarah Urusan Peak Yield Sdn Bhd kepada Pn. Solingkoi Sidi, Pengetua SMK Langkon dalam majlis amal ramadhan pada 01 September 2010 bertemnpat di dewan terbuka sekolah.


Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan Kerjasama UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (26 Anak Yatim Dan Pelajar Miskin SMK Langkon)

Ucapan alu alu oleh En. Jolly, Yang Dipertua PIBG SMK Langkon

En. Azhar dari Peak Yield Sdn Bhd menyerah sumbangan amal ramadhan kepada 26 orang pelajar miskin dan anak yatim di SMK Langkon sambil diperhatikan oleh Pn Solingkoi, Pengetua SMK Langkon

Unit PPDa SMK Langkon telah bekerjasama dengan UBK sekolah untuk memberikan sumbangan amal ramadhan kepada 26 orang pelajar miskin dan yatim piatu di SMK Langkon. pada 1 September 2010 Sumbangan amal ini ditaja sepenuhnya oleh En. Azhar Othman dari Peak Yield Sdn Bhd. Bersama sama dengan Peak Yiled Sdn Bhd ialah cik Amie Sykin dari Harian Metro untuk membuat liputan mengenai majlis ini. Terima kasih Peak Yield dan Harian di atas kesudian untuk memberikan sumbangan amal ramadhan kepada pelajar - pelajar di sekolah ini.

Program Amal Ramadhan Tajaan Peak Yield Sdn Bhd Dengan UBK dan Unit PPDa SMK Langkon (26 Anak Yatim Di SMK Langkon)

Adik Missy yang menyampaikan sajak bertajuk "Dadah Musuh Negara" sempena sambutan hari kemerdekaan sekolah sambil diperhatikan oleh guru dan pelajar sekolah

Koir PRS merupakan antara pengisian yang ada dalam sambutan hari kemerdekaan SMK Langkon 2010
 
Unit PPDa telah menghantar wakil pelajar tingkatan 5 iaitu Missy dari 5 Sastera untuk menyampaikan sajak bertajuk "Dadah Musuh Negara" sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di dewan terbuka SMK Langkon pada 30 Ogos 2010. Ini merupakan salah satu usaha Unit PPDa untuk mewarwarkan bahaya dadah dalam kalangan remaja kepada warga sekolah.


Program Mengecat mural Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Oleh Cikgu Sharifah, Cikgu Florence Dan Pelajar

Mewarna mural dinding bilik sumber PPDa SMK Langkon dengan penuh keceriaan
Tekunnya guru PPDa dan pelajar pelajar SMK Langkon membuat mural dadah
 
Usaha untuk mewujudkan kesan halo anti Dadah diteruskan dengan mengecat mural dinding pada bilik sumber PPDa SMK Langkon oleh cikgu Sharifah dan cikgu Florence bersama sama dengan pelajar - pelajar di SMK Langkon pada 30 Ogos 2010. Mural yang dilukis merupakan permandangan dan sajak anti dadah. Syabas diucapkan kepada guru dan pelajar yang terlibat.