Saturday, July 31, 2010

Barisan Pelatih Yang Akan Menyiapkan Projek Khas Giat Mara Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Crianya pelatih Giat Mara di hadapan sekolah bersebelahan dengan bilik PPda sekolah


Seramai 22 orang pelatih Giat Mara akan menyiapkan projek khas Giat Mara untuk bilik sumber PPDa SMK Langkon. Mereka akan menyiapkan tangga masuk ke bilik ini, landscape mini air terjun yang terletak di luar bilik PPDa sekolah dan mereka juga akan membuat pintu gerbang ke bilik sumber PPDa ini. Semoga komitmen dan usaha sebegini akan memberi manfaat bersama kepada sekolah dan pihak Giat Mara.

Sesi Perbincangan Pengurus Giat Mara Kota Marudu Dan Kaunselor SMK Langkon Mengenai Penjenamaan Fizikal Bilik Sumber PPDa Sekolah

Pengurus Giat Mara sedang memasuki bilik sumber PPDa SMK Langkon

Kaunselor SMK Langkon telah membuat perbincangan khusus dengan Pengurus Giat Mara cawangan Kota Marudu mengenai penjenamaan semula bilik ini dalam aspek keceriaan bilik. Dalam sesi perbincangan ini, En, Mohd Sukardi telah bersetuju untuk membuat rak kabinet, tangga, pintu gerbang dan landscape mini taman air terjun untuk bilik sumber PPDa SMK Langkon. Pihak Giat Mara juga telah menyumbangkan kerusi & hiasan dalaman bagi tujuan keceriaan bilik sumber ini. Kelihatan dalam gambar Pengurus Giat Mara Kota Marudu sedang memasuki bilik sumber PPDa sekolah sambil memikirkan sumbangan yang boleh diberikan oleh Giat Mara kepada sekolah.

Penjenamaan Semula Bilik Sumber PPDa SMK Langkon


 Mengangkat simen dari menggunakan kereta cikgu clarerance
Cikgu Rahim & ahli pengawas PPDa mencari papan untuk meja bilik PPDa sekolah

Cikgu Jailin mengemas bilik sumber PPDa sekolah bersama pelajar

Selepas mendapat penambahbaikan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah, maka AJK unit PPDa sekolah memulakan aktiviti menambahbaik susun atur bilik ini dengan mendapatkan kerjasama Pengawas PPDa, guru - guru, pentadbir, PIBG sekolah dan agensi agensi luar demi memperbaiki bilik sumber ini agar ianya boleh menjadi bilik sumber yang kondusif dan boleh dijadikan wadah hebahan bahaya penyalahgunaan dadah kepada pelajar di sekolah ataupun daerah Kota Marudu.


Penambahbaikan Susun Atur Bilik Sumber PPDa SMK Langkon Oleh Penolong Pengarah Kaunseling JPN Sabah (En. Awang Mad Said)

En. Awang Mad Said sedang memberikan penambaikan bilik sumber PPDa SMK Langkon sambil diperhatikan oleh Guru PPDa sekolah dan Penolong Kanan Pentadbiran

Bilik sumber PPDa SMK Langkon merupakan antara bilik yang dilawat dan dipantau oleh Penolong Pengarah Kaunseling JPN negeri Sabah iaitu En. Awang Mad Said. Beliau telah mencadangkan beberapa idea untuk menambah baik bilik sumber ini dari segi fizikal. Beliau juga turut mencadangkan agar bilik sumber PPDa SMK Langkon untuk bertanding di peringkat negeri Sabah. Kelihatan dalam gambar Penolong Kanan Pentadbiran & Guru PPDa sekolah sedang mendengar beberapa penambaikan oleh beliau.

Jaringan Smart Partnership Dengan Giat Mara Kota Marudu Sempena Pelancaran Minggu Anti Dadah SMK Langkon 2010

Pensyarah dan pelatih Giat Mara Kota Kinabalu Sabah

Pengurus, Pensyarah dan Pelatih Giat Mara telah bersama sama dengan seluruh warga sekolah SMK Langkon dalam sesi pelancaran minggu anti Dadah sekolah ini. Ini secara tidak langsung membantu unit PPDa sekolah ini dalam memperkasakan perkkhidmatan ini melalui jaringan smart partnership dengan agensi luar. Usaha ini dilihat dapat memberi impak positif kepada pelbagai pihak.

Ucapan Pelancaran Minggu Anti Dadah Oleh Pengurus Giat Mara Cawangan Kota Marudu

Pengurus Giat Mara cawangan Kota Marudu

Pelancaran minggu anti Dadah SMK Langkon telah disempurnakan oleh en. Mohd Sukardi bin Lantong, Pengurus Giat Mara cawangan Kota Marudu. Dalam pelancaran ini en. Sukardi menyeru agar semua pelajar di sekolah ini untuk berhati hati dengan gerak langkah agar tidak terjerumus dalam penagihan Dadah. Dalam pelancaran ini juga, en. Sukardi telah menyatakan kesudian beliau menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat Giat Mara.

Ucapan Pengetua SMK Langkon Sempena Pelancaran Minggu Anti Dadah

Pn Solingkoi sedang menyampaikan ucapannya kepada seluruh warga SMK Langkon

Ucapan alu aluan sempena pelancaran minggu anti Dadah SMK Langkon telah dibuat di hadapan semua pelajar dan guru sekolah. Pelancaran ini turut disertai oleh Pengurus, Pensyarah dan Pelatih dari Giat Mara Kota Marudu. Dalam ucapan ini, Pn. Solingkoi mahu semua warga sekolah bersama sama membenteras gejala penyalahgunaan Dadah demi masa depan yang cemerlang.

Pelancaran Minggu Anti Dadah SMK Langkon

Semangatnya cikgu Rahim membakar gimik perasmian anti Dadah sekolah

Pelancaran telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Langkon dan Pengurus Giat Mara Cawangan Kota Marudu di hadapan semua warga sekolah. Kelihatan dalam gambar Guru PPDa sekolah iaitu cikgu Rahim Othman sedang menjayakan gimik PPDa sekolah menerusi pembakaran gimik perasmian.

Bilik Sumber PPDa SMK Langkon dijadikan bilik sumber angkat Giat Mara Cawangan Kota Marudu

En. Mohd Sukardi memberikan momento kepada Pn. Solingkoi Sidi sambil diperhatikan oleh En. Shahrizan Abdullah

Giat Mara cawangan Kota Marudu telah menjadikan bilik sumber PPDa SMK Langkon sebagai bilik sumber angkat Giat Mara. Untuk itu, Giat Mara cawangan Kota Marudu telah menyumbangkan 2 Japanese Table ke bilik sumber PPDa sekolah. Kelihatan dalam gambar Pengetua SMK Langkon menerima momento dari Pengurus Giat Mara Kota Marudu sewaktu majlis pelancaran minggu anti Dadah SMK Langkon.