Saturday, August 21, 2010

Lawatan En. Mohd Sukardi, Pengurus Giat Mara Ke Bilik Sumber Angkat Giat Mara (Bilik Sumber PPDa SMK Langkon)

En. Mohd Sukardi bersama sama dengan pelajar - pelajar SMK Langkon
 
En. Mohd Sukardi, Pengurus Giat Mara telah melawat bilik sumber angkat Giat Mara iaitu bilik sumber PPDa SMK Langkon pada 20 Ogos 2010 bertujuan untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai perkembangan bilik ini daripada Cr. Stanley. Keliahatan dalam gambar pengurus Giat Mara bergambar dengan pelajar - pelajar SMK Langkon yang datang melawat bilik sumber PPDa. Terima kasih Giat Mara di atas kesudian menjadikan bilik sumber ini sebagai bilik sumber angkat Giat Mara.


Aktiviti Mencari Daun Nipah Di Kampung Langkon Lama Sebagai Atap Pondok PPDa SMK Langkon



Di sinilah unit PPDa mendapatkan daun nipah untuk dijadikan atap pondok PPDa di sekolah
Terima kasih penduduk kampung Langkon Lama yang tekah bekerjasama dengan unit PPDa sekolah

Aktiviti mencari daun nipah untuk dijadikan atap pondok PPDa SMK Langkon telah dilaksanakan dengan jayanya oleh cikgu Rahim, Cr. Stanley dan cikgu Justin  bersama dengan 3 orang pelajar. Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung yang bekerjasama dalam pencarian daun nipah ini di kampung mereka.


Aktiviti Mencari Buluh Di Kampung Langkon Baru Untuk Membina Pondok PPDa SMK Langkon

Mengambil buluh bambu di kampung Langkon Baru menggunakan kereta cikgu Justin
Pelajar dan guru meletakkan buluh bambu yang diambil di kampung Baru Langkon berdekatan dengan tapak pondok PPDa SMK Langkon
 
Cikgu Justin, Cr. Stanley dan Cikgu Rahim bersama sama dengan 3 orang pelajar telah pergi ke kampung Langkon Baru untuk mengambil buluh. Buluh ini dugunakan untuk mendirikan pondok PPDa sekolah. Terima kasih diucapkan kepada penduduk kampung langkon baru yang bekerjasama dengan pencarian buluh ini.


Projek Membina Dan Mendirikan Pondok PPDa SMK Langkon


Bersungguh sungguh tukang kebun, pelajar dan guru guru mendirikan pondok PPDa sekolah berdekatan dengan bilik sumber PPDa SMK Langkon
Aktiviti membina dan mendirikan pondok PPDa SMK Langkon merupakan aktiviti yang dilihat dapat menyerikan lagi kesan halo PPDa di sekolah. Aktiviti ini mendapat sokongan dari pekebun, pelajar dan guru di SMK Langkon. Layout atau pelan pondok ini telah diilhamkan oleh salah seorang guru PPDa iaitu cikgu Khusairi Ahmad.


Aktiviti Mengecat Mural Anti Dadah Di Tandas, Bilik Sukan Dan Bilik Persalinan Sebagai Kesan Halo PPDa Di SMK Langkon

Ahli PRS turut membantu membuat mural kesan penyalahgunaan dadah di bilik persalinan sekolah
Pelajar yang kreatif dari 4 Ekonomi
Pelajar dari kelas 4 Geografi
Ahli PRS dari kelas 2A tekun membuat mural Dadah. Bilik persalinan ini dilukis pelbagai mural agar menyerupai penjara

Hasil kerja guru dan pelajar

Aktiviti mengecat mural di tandas, blik persalinan dan bilik sukan bermula pada 18 Ogos 2010 di bawah pengawasan En. Rahim, Cr. Stanley, En. Affendi dan Pn. Anira serta guru guru PPDa SMK Langkon yang lain. Aktiviti ini merupakan salah satu cara mendedahkan kepada pelajar bahaya penyalahgunaan Dadah kepada remaja.


Hujan Lebat Tidak Menghalang Aktiviti PPDa Di SMK Langkon

Hujan turun dengan lebat hambir mengakibatkan sekolah dilanda banjir kali kedua tahun ini
Sediakan payung sebelum hujan, beginilah antara kepayahan yang dialami oleh guru - guru di sekolah menumpang seperti SMK Langkon
Hujan lebat yang hampir mengakibatkan sekolah mengalami banjir kilat. Diharap pemimpun turun padang melihat keadaan SMK Lankon yang serba kekurangan ini.

 Hujan yang turun lebat pada 13 Ogos 2010 di SMK Langkon hampir membuatkan sekolah mengalami banjir kilat. Walau bagaimanapun, unit PPDa akan meneruskan aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan ogos demi membasmi penyalahgunaan Dadah di sekolah dan sekitar kawasan sekolah. 


Mesyuarat Bil 6 Ahli Jawatankuasa PPDa Di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Sesi perbincangan ahli jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Langkon


AJK PPDa sekolah telah mengadakan mesyuarat AJK kali ke 6 di bilik sumber PPDa sekolah pada 12 Ogos 2010. antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti PPDa iaitu perarakan sepanduk anti Dadah di kampung, seminar PPDa dan aktiviti mengecat mural dinding sebagai kesan halo PPDa di sekitar kawasan bilik sumber PPDa sekolah.


Bilik Sumber PPDa Sekolah Menjadi Tumpuan Lawatan Dan Ruang Perbincangan Guru Guru SMK Langkon

Suasana teraputik dan pengudaraan yang nyaman di bilik sumber PPDa menjadikan bilik ini menjadi tumpuan guru - guru membuat perbincangan di bilik sumber PPDa ini

Suasana yang tenang dan pengudaraan yang nyaman di bilik sumber PPDa sekolah membuat ramai guru - guru di sekolah ini menjadikan bilik ini sebagai tempat perbincangan profesional. Kelihatan dalam gambar antara guru dan pentadbir yang datang ke bilik sumber PPDa sekolah untuk membuat sesi perbincangan profesional.


Lawatan Kelas Cik Yelni Ke Unit PPDa SMK Langkon Untuk Topik Sosio Budaya

Cik Yelni, guru matapelajaran Sejarah yang proaktif membawa pelajarnya ke bilik sumber PPDa SMK Langkon untuk melihat tayangan video sosio budaya

Bersesuaian dengan topik sejarah "sosio budaya", Cik Yelni telah membawa kelasnya untuk melihat video sosio budaya masyarakat kadazandusun yang ada di negeri Sabah menerusi koleksi DVD yang ada di bilik sumber PPDa SMK langkon. Tayangan video yang ada di bilik sumber PPDa ini telah berjaya membantu pelajar memahami topik uni dengan lebih mendalam.


Sumbangan Hiasan Tradisonal Daripada Ibu Bapa Pelajar Kepada Unit PPDa SMK Langkon

PK Kokum mewakili unit PPDa SMK Langkon menerima sumbangan hiasan tradisional di kedai ibu bapa pelajar di Kota Marudu

Ibu bapa pelajar telah menyumbangkan hiasan tradisonal kepada unit PPDa sekolah menerusi Penolong Kanan Kokurikulum SMK Langkon. Hiasan ini telah membantu menceriakan bilik sumber PPda yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelawat yang datang ke sekolah.