Saturday, August 7, 2010

Lawatan Kelas 1 Amanah Ke Bilik Sumber PPDa SMK Langkon

Penghawa dingin sumbangan PIBG SMK Langkon membuatkan bilik sumber ini nyaman dan memounyai pengudaraan yang baik
Pelajar sedang melihat koleksi video anti Dadah yang ada di bilik sumber PPDa sekolah
Bilik sumber PPDa SMK Langkon bertemakan kontemporali tradisional sangat menarik di pandang mata. Hiasan syiling disumbangkan oleh Sinar Photocopy Kota Marudu
Pelajar 1 Amanah sedang melihat koleksi berita penyalahgunaan Dadah yang telah dijilidkan mengikut bulan Januari hingga Julai

 Pelajar - pelajar dari kelas 1 Amanah SMK Langkon telah membuat inisiatif untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penyalahgunaan Dadah di bilik sumber PPda sekolah. Sesi lawatan ini merupakan salah satu cara untuk membantu merealisasikan visi negara iaitu "Sekolah Bebas Dadah 2012". Guru PPDa bertugas ialah Pn. Jailin sewaktu lawatan ini dijalankan. Pn. Jailin telah menjadi mediator untuk mempastikan sesi pembelajaran berlaku di dalam bilik sumber ini.