Penerangan konsep dan perkhidmatan PPDa SMK Langkon oleh Setiausaha PPDa sekolah |
Pegawai Khas Dadah dari PPD Kota Belud, Ranau dan Pitas begitu tekun membuat penilaian bilik sumber PPDa SMK Langkon |
Penerangan jaringan smart partnership oleh PPDa SMK langkon dengan agensi luar |
Guru PPDa SMK Langkon bersama Pegawai Khas Dadah PPD Kota Marudu |
Penilai sedang melihat papan kenyataan yang disumbangkan oleh Mr Azhar (Peak Yield Sdn Bhd) di mana papan kenyataan ini memaparkan aktiviti sihat tanpa Dadah |
Bilik Sumber PPDa SMK Langkon telah dinilai oleh Pegawai Khas Dadah PPD Daerah Pitas, Kota Belud, Ranau dan Kota Marudu. Penilaian selama 2 jam ini telah dijayakan oleh semua AJK PPDa sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa di SMK Langkon. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang menjayakan penilaian ini. Tidak juga dilupakan kepada semua agensi luar yang telah membuat jaringan smartnership dengan unit PPDa sekolah seperti AADK negeri Sabah, Polis (Narkotik) Kota Marudu, Giat Mara, UMS, UiTM, Almacrest International College, Kolej PTPL, Multimedia College, Pejabat Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Marudu, PIBG, PEKEMA, Peak Yield, NGO dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kepada unit PPDa SMK Langkon. Semoga jaringan smart partnership ini akan melonjakkan bilik sumber ini di peringkat yang lebih tinggi da yang paling penting bilik sumber ini akan menjadi wadah hebahan penyalahgunaan Dadah dalam usaha membantu negara merealisasikan visi "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".