Sunday, September 1, 2013

Ahli Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) & Bilik Sumber Pendidikan pencegahan Dadah (PPDa) SMK Langkon 2013

Pengerusi & Setiausaha SLAD di Bilik Sumber PPDa SMK Langkon yang ceria dan menanti pelawat untuk mendapatkan informasi di bilik sumber ini.
Unit PPDa SMK Langkon mengalu alukan kedatangan para pelawat ke Bilik Sumber PPDa sekolah yang menjadi one stop centre bagi mendapatkan pelbagai maklumat PPDa. Para pelajar yang berminat untuk menjadi ahli SLAD, permohonan kini terbuka untuk sesi persekolahan 2014.

Friday, August 30, 2013

Penyelaras PPDa SMK Langkon Dilantik Sebagai Pengerusi Skuad 1 Malaysia (AADK) Negeri Sabah 2013

Skuad 1 Malaysia
Terima kasih AADK Negeri Sabah diatas perlantikan Penyelaras PPDa SMK Langkon (Cr Stanley Missun) sebagai Pengerusi Skuad 1 Malaysia negeri sabah 2013. Semoga perlantikan ini akan menyemarakkan lagi usaha membenteras Musuh Nombor 1 negara iaitu DADAH di negeri Sabah.

Sunday, August 11, 2013

Sumbangan Anjung PPDa Oleh PEMADAM Daerah Kota Marudu Kepada Unit PPDa SMK Langkon

Majlis Perasmian Tapak Anjung PPDa SMK Langkon oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Kota Marudu (Pn Luvita Koisun) bersama sama dengan Pengetua SMK Langkon (Pn Alizizah Haji Sipil)

Sesi penyerahan sijil penghargaan "Jaringan Partnership" antara PEMADAM, Bank Rakyat Kota Marudu dan SMK Langkon di Bilik Sumber PPDa sekolah.


Terima kasih diucapkan kepada PEMADAM Daerah Kota Marudu menerusi Pengerusi PEMADAM (Pn. Luvita Koisun-Pegawai Daerah Kota Marudu) yang telah bersetuju membina rangkaian perkongsian pintar (Smart Partnership) di SMK Langkon menerusi pembinaan Anjung PPDa yang akan memuatkan info info PPDa untuk tatapan warga sekolah dan pelawat yang datang berkunjung ke SMK Langkon.

Sumbangan Lorong Tangga PPDa Oleh Bank Rakyat Kota Marudu

Lorong tangga sumbangan Bank Rakyat Kota Marudu

Pengurus Bank Rakyat menerima Sijil Penghargaan Smart Partnership dari PK KOKUM SMK Langkon


Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Kota Marudu di atas sumbangan Lorong Tangga PPDa SMK Langkon. Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan Bank Rakyat di peringkat komuniti yang bersama sama membantu negara dalam mencapai visi PPDa iaitu “Negara Bebas Dadah 2015”.

Bubur Lambuk SMK Langkon (Untuk 1000 Orang) Dirasmikan Oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Kota Marudu (Pn Luvita Koisun)-Meriah



Kerjasama membawa berkat

Ahli SLAD sedang memasak bubur lambuk di SMK Langkon


Bubur Lambuk SMK Langkon yang telah dirasmikan oleh Pengerusi PEMADAM Daerah iaitu Pn Luvita Koisun meriah dan telah dijayakan oleh pihak sekolah menerusi Guru Guru sekolah, AJK Guru PPDa dan ahli SLAD SMK Langon. Aktiviti ini telah mendapat tajaan dari Bank Rakyat Kuala Lumpur dan En. Azhar Othman, Pengerusi Peak Yield Sdn Bhd. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dalam aktiviti yang julung kali diadakan di SMK Langkon.

SMK Langkon Berjaya Mendapat Tempat Ketiga Dalam Pertandingan Tarian Etnik & Kreatif Hornbill Festival Kuala Lumpur Peringkat Kebangsaan.

Hornbill Festival 2013


SMK Langkon-Tempat Ketiga Kebangsaan

Pengetua SMK Langkon (Pn Alizizah Haji Sipil)


Tahniah diucapkan kepada Skuad Persembahan PRS SMK Langkon kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga peringkat kebangsaa dalam Pertandingan tarian Etnik & Kreatif di Kuala Lupur pada & 7 Julai 2013. Skuad Persembahan ini sentiasa mempromosikan gaya hidup “Remaja Ceria Tanpa Dadah” di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Sekolah Seni Sarawak.

Persembahan Sukan SMK Langkon Bertemakan “Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah” Sempena Kejohanan Olahraga MSSD Kota Marudu 2013



Persembahan hebat dan bertenaga dari SMK Langkon yang bertemakan "Remaja Hidup Bebas Dadah"


Terima kasih diucapkan kepada PPD Kota Marudu di atas kepercayaan untuk mengadakan persembahan “Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah” sempena majlis penutupan MSSD di Padang SMK Tandek, Kota Marudu. Persembahan ini melibatkan 100 penari yang mempromosikan “Remaja Hidup Bebas Tanpa Dadah”. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih & kareografer persembahan ini yang juga merupakan Penyelaras & AJK Guru PPDa sekolah.