Pegawai Yayasan Sabah bersama Pn. Jailin (Guru SLAD), Cr Stankey (Setiausaha PPDa), En. Rahim (Guru PPDa) dan Pn. Sharifah (AJK Kokurikulum PPDa) |
Pegawai Yayasan Sabah memasuki bilik sumber PPDa sekolah melalui tangga dan pintu gerbang yang dibuat oleh Giat Mara Kota Marudu |
Dua orang Pegawai Yayasan Sabah dari Kudat telah melawat bilik sumber PPDa sekolah pada 3 Ogos 2010. Dalam lawatan ini, kedua dua orang pegawai ini telah membuat pujian mengenai susun atur dan suasana bilik sumber PPDa yang menarik lagi berinformasi. Dua orang Pegawai ini juga telah diberikan taklimat mengenai perkhidmatan pendidikan pencegahan Dadah oleh Setiausaha PPDa sekolah dan AJK PPDa yang lain. Terima kasih Yayasan Sabah kerana sudi bertandang ke bilik sumber PPDa SMK Langkon.