|
Pengawas PPDa SMK Langkon bersama Guru PPDa SMK Langkon begitu komited membuat banner sepanjang 15 kaki untuk direntangkan di sekitar kawasan bangunan sekolah |
|
Antara banner yang disediakan oleh Pengawas PPDa SMK Langkon. Tahniah dan syabas di atas komitmen yang tinggi dalam membantu merealisasikan visi negara "sekolah bebas dadah 2012" & "negara bebas dadah 2015" |
|
Permuafakatan oleh 2 orang kaunselor dan guru bersama pelajar pelajar di SMK Langkon sempena minggu anti dadah sekolah. Kelihatan dalam gambar, antara peralatan yang diperlukan untuk melancarkan lagi proses kerja meceriakan sekolah berorientasikan usaha membenteras najis Dadah |
|
Walaupun terpaksa berjuang dengan matahari yang panas, Pengawas PPDa sekolah tidak menjadikannya alasan untuk tidak melaksanakan tugasan yang diberi untuk menceriakan lagi dinding bersebelahan dengan bilik sumber PPDa sekolah |
Muafakat membawa berkat. Kelihatan dalam gambar semua warga sekolah bermuafakat dalam membenteras najis Dadah di sekolah. Pengawas PPDa bukan sahaja mewarna mural dinding malah membantu menghasilkan banner setinggi 15 kaki untuk direntangkan kawasan sekolah. Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.